QII 24

347 35 4
                                    

ONE thing about being the center of attention is that people always have their eyes on everything you do.

Contohnya gambar aku yang sekali lagi tular di media sosial. Kali ini bersama seorang ahli perniagaan yang tidak kurang gah namanya dalam dunia bisnes. Dato' Malik. Gambar kami yang sedang duduk berdua di sebuah restoran mendapat perhatian warganet sekali gus mengundang kecaman para netizen. Nama Qayla Zamzuri yang masih hangat dibicarakan kini menjadi topik bualan lagi.

Sudah dilabel perempuan murah. Sekarang dipanggil kaki kikis pula. Tak dapat yang muda, kebas yang tua. Buang yang tak berharta, goda si kaya. Dan bermacam lagi kata-kata tidak bermoral yang dilemparkan terhadap aku menerusi ruangan komen di artikel yang diterbitkan di laman web berkenaan. Kicauan di Twitter dan komen warga Facebook juga tidak kurang rancaknya. Namun begitu, sedikit pun aku tidak rasa terkesan. Macam biasa, hatiku kosong.

"Hello bitch." Telefon bimbit dialihkan dari wajahku apabila empunya diri yang ditunggu mengisi ruang penglihatan. Riak terpaling beku aku hidang padanya sebagai sarapan. Perempuan berbaju tidur satin itu kerut dahi. Jelas sekali dia terkejut dan tidak menjangkakan keberadaan aku di ruang makan rumahnya.

"You buat apa kat rumah I?! Macam mana you boleh masuk?!"

"Kau bodoh ke tak faham bahasa hah?" Soalku bersama padangan tajam. Kaki disilangkan. Tangan bermain-main dengan hujung rambut yang terbiar tidak berikat. Persis karakter antagonis yang menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Perempuan itu turut sama berpeluk tubuh. Muka tertekan. Aku yakin dia tahu maksud di sebalik soalan aku tadi.

"I tak buat apa-apa pun la! Intan sendiri yang ikut I! That's not my fault!" Tira mempertahankan dirinya. Lakonan plastiknya menambahkan rasa jengkel.

Sekeping sampul coklat dikeluarkan dari beg tangan. Lalu aku campakkan sampul itu ke mukanya. Bertaburan isi sampul memenuhi lantai. Tira tunduk mengutip kepingan gambar tersebut sambil menahan geram. Sedang dia mengamati foto-foto di tangannya, aku memainkan beberapa potongan klip rakaman suara dari telefon bimbitku.

"Shit! Kakak dia ada kat sini! I tak boleh bawa Intan jumpa you."

"Tonight I ajak Intan pergi tempat biasa. Nanti you guys get ready dalam bilik."

"Tumbang jugak perempuan ni. Liat betul!"

Rakaman diberhentikan.

Aku pandang Tira yang kelihatan kelu. Muka seperti tertelan kapur barus. Pucat lesi. Sepertinya dia tertanya-tanya bagaimana perbualannya boleh ada terbongkar.

"Friendly reminder. Don't accept things from strangers." Dahinya berkerut lagi seolah-olah sedang mengingat sesuatu.

Tiba-tiba dia memandang aku dengan riak tidak percaya. Mungkin teringat akan telefon bimbit jenama Apple model baharu yang dihadiahkan oleh pemberi tanpa nama, setelah telefon bimbitnya jatuh dan pecah. Semua itu hanya helah yang telah dirancang kemas. Well, thanks to Burhan and Khai.

"You track phone I?! Hei perempuan! Gila ke you ni!?"

"I have more than this in my hands. Enough proof to charge you. Kau ada seminggu untuk bersihkan nama dia."

"Berambus sekarang sebelum I panggil daddy I! You tak kenal lagi I siapa!"

"Of course I know you. Nurul Atira Dato' Malik."

Pucuk dicita ulam mendatang. Sejurus nama aslinya meniti di bibirku, gerangan yang aku tunggu pun muncul. Dia datang tepat pada masanya. Dengan langkah penuh gaya dia membuat grand entrance. Segak berkameja dengan rambut yang disisir kemas.

"Rise and shine, daddy." Segaris senyum penuh makna aku ukir khas buat Dato' Malik. Terbeliak mata Tira mendengar sapaan yang keluar dari mulutku.

QAYLA IIWhere stories live. Discover now