King | SafiraSAYUP- SAYUP esakkan halus itu memenuhi koklea telinga King. Celik saja mata , belakang tubuh yang terdedah menyapa kornea matanya. Timbul kerutan halus pada dahi King. Mata kembali dipejam , cuba mencerna apa yang sedang berlaku.
Dua saat berlalu , baru lah King dapat mengesan apa yang sedang berlaku. Belakang tubuh yang terdedah itu dipandang lama. Bahu itu terhinjut hinjut melepas tangisan.
King gusar. Apa yang berlaku.. malam tadi terjadi tanpa kerelaan gadis itu?
"Hermosa.." Tangan kekar yang mendarat pada sisi pinggang buat tubuh itu kejung , sedikit pun tidak bergerak. Apatah lagi bila merasakan sisi pipi King bertemu dengan pipinya. Nafas mint King buat dadanya berombak kasar.
"Kenapa menangis?" King menyoal bila tubuh yang mengiring membelakanginya itu terasa keras. Sedikit pun tidak bergerak.
Dua saat berlalu. Soalan King disambut angin.
"Safira Aedrina..." Usapan di pinggir pinggang buat Safira mengigil kecil. Sedar sentuhannya menakutkan gadis itu , King berkerut.
Safira takut akan dirinya?
Safira ketap bibir bawahnya kuat bila sekejap sahaja tubuh sasa King melutut di hadapannya. King cuma menyarung short pants , tanpa baju.
Safira sedikit berundur. King berkerut.
"Fira.. hey what happened..?" Lembut.
Safira menggeleng kecil. Mata dilarikan ke arah lain. Tidak sanggup rasanya menatap sepasang mata cantik milik King.
"You lied." Komen King. Beberapa saat berlalu , Safira masih membisu. Sepatah pun tidak bersuara , dia hanya membiarkan King merenungnya.
King lepas keluhan berat.
"Menyesal?" Kali ini mata Safira tepat menatap sepasang mata hitam milik King.
Diam.
"Saya paksa awak ke malam tadi , Fira?" Safira menggeleng. Ya.. King tidak memaksa. Apa yang berlaku malam tadi atas kerelaan dirinya sendiri. King menggoda dan dia rela. Tanpa memikirkan dua kali bahana dari perbuatannya.
Dan , sekarang. Bila semua sudah diserahkan pada King , barulah dia sedar. Barulah dia menyesal! Stupid Safira!
Tiada siapa yang perlu disalahkan dalam hal ini. Dia sendiri yang bersalah. Dia yang suka rela menyerahkan tubuhnya pada King.
"Then?" Safira diam.
"Fira.. awak buat saya risau. Kenapa? Apa yang saya buat malam tadi buat awak takut?" King menyoal lagi. Gigih mengali jawapan dari Safira. Gusar melihat Safira yang sedari tadi cuma membalas tanpa suara.
Safira geleng lagi.
King mati akal. Jadi.. apa punca Safira membisu?
Tangan King naik untuk menyentuh pipi Safira , tepat tekaannya bila Safira berundur. Duvet yang membaluti tubuh terdedahnya digenggam kuat.