SAFIRA pusingkan tubuhnya untuk menghadap King yang sudah dijemput lena. Tangan naik mengusap wajah itu. Walaupun bagaimanapun dia tegah, dia tidak dapat nafikan rasa yang ada buat King semakin mekar. Ya, dia tidak seharusnya membiarkan rasa itu tumbuh selepas apa yang jadi antara mereka. Tapi Safira tak mampu untuk menegah hatinya. Kadang, dia benci dirinya kerana terlalu sayangkan lelaki ini.
Dia gagal untuk dijemput lena kerana fikirannya cukup terganggu dengan sesuatu. Semuanya kabur-kabur dan berselirat. Tapi, Safira bukan bodoh untuk memcerna satu-satu maklumat yang ada.
Apa dia terlalu jauh berfikir? Atau apa yang dia fikir itu benar? Apa King tidak jujur padanya? Atau dia yang salah faham? Apa dia perlu tanya terus pada King apa yang menganggu mindanya? Tapi... Safira tidak mahu meragukan King. Dia sayangkan hubungan mereka yang sekarang. Tapi apa betul apa yang dia fikirkan? Tapi kenapa King tak jujur? Apa dia perlu sabar menunggu? Safira lelah. Sejak tadi otaknya tidak henti berfikir. Terlalu banyak tanda tanya yang berlegar di fikirannya dan dia terlalu takut untuk menerima segala kemungkinan. Atau kata lainnya dia tak sanggup untuk hilang King.
"I love you, hermosa. Let's sleep." King kemaskan pelukan mereka. Terkejut Safira dibuatnya. Tak sangka yang King terjaga hanya kerana sentuhan tangannya.
"Sorry..."
"Tak apa. Tidur lah, dah lewat sayang." Suara serak itu bersuara lagi. Safira koyak senyum manis sebelum bibir singgah pada dagu King.
"Sayang sangat." King senyum dengan mata yang masih terpejam. Tubuh halus itu semakin ditarik rapat ke dada.
"Sayang... saya perasan lately awak manja sangat tau. Menggoda pula tu.. tapi saya suka." King mendesis halus bila Safira tarik lembut cuping telinganya.
"Annoying!"
"Tidur sayang, saya ngantuk sangat ni." King cium dahi Safira kejap sebelum tidak lama King kembali dijemput lena. Tapi tidak Safira. Dia tak dapat lelapkan mata malam ini. Wajah tampan suaminya direnung lama.
"SAF, aku nak pergi Sasa kejap." Pamit Airis. Sudahnya mereka berpisah laluan. Safira kembali mengatur langkah untuk ke tandas, manakala Airis atur ke premis kecantikan yang menjadi tujuannya."Hati-hati jalan tu." Airis sengih. Safira jeling gadis tinggi lampai itu sebelum dia kembali menapak meninggalkan Airis.
Selesai mengemaskan rambutnya, Safira melangkah keluar. Niat yang tadinya mahu menyusul Airis di Sasa terbantut bila koklea telinganya disapa dengan tangisan halus kanak-kanak lelaki yang sedang menangis di bangku yang berada di ruang rehat yang memang tersedia di situ.
"Boy..." Safira menegur perlahan. Harapnya ini bukan taktik penyamun untuk menyamun ya. Tadinya dia mahu membiarkan namun melihat tangan kanan kecil yang berbalut arm sling itu hatinya dipagut rasa kasihan.
Bila tangan kirinya yang tadinya ralit menyapu cecair jernih yang tidak putus mengalir dari mata itu jatuh ke sisi sekaligus mendedahkan sepenuhnya wajah tampan itu, Safira ukir senyum nipis melihat wajah itu sedang terkebil-kebil memandangnya.
"Mommy?" Belum sempat Safira buka mulut tangan kiri itu sudah memeluk kakinya. Bibir Safira spontan mengukir sebuah senyum nipis.
"Awak salah orang ni handsome, kakak bukan mommy awak." Sesaat, Safira tunduk memandang wajah polos itu. Awak dah macam adik kakak dah. Sambung Safira dalam diam. Betul, dia tak menipu bila dia kata begitu. Rasanya kanak-kanak lelaki ini berusia dalam lingkungan umur empat atau lima tahun.