"In the end , promises are just words."DUA hari berlalu , hubungan King dan Safira juga berlalu begitu. Suram tanpa cahaya. Safira sibuk dengan tempahan bunga dan King .. jarang melihat wajah itu. Entah balik ke tidak , Safira sendiri tak tahu dan dia tak mahu ambil tahu.
Maaf lah , hati dia memang sudah tawar.
Mereka tidur berasingan , itu permintaan Safira sendiri ketika mereka berpindah masuk ke penthouse milik King sehari selepas mereka diijab kabulkan. Reaksi King?
"Sure. Esok lusa awak pindah masuk bilik saya suka rela , jangan risau." Pakej kenyitan mata King beri pada dia.
Er.. berangan aje lah kau Raja! Safira ketawa sendiri.
Namun.. dia tidak dapat nafikan yang King memang lahir dengan sikap yang romantik. Tidak bersua muka tapi setiap perbuatan King jelas buat dia gugup.
Sebagai contoh , setiap pagi pasti King sudah menyiapkan sarapan buat Safira. Siap tulis surat cinta lagi. Gigih benar King mahu menakluki hatinya semula.
Tengah hari pula pasti ada pesanan yang siap siap dihantar ke kedainya. Begitu juga dengan makan malam. Meskipun tidak bersua muka , King tetap menjaga makan minumnya. Eh? Kenapa bunyinya pelik? Bukan kah dia yang bertanggungjawab menjaga makan dan minum King?
Tapi.. King sendiri rela. Nasib lah!
"How's .. life?" Suara lunak Airis membawa bayang bayang King pergi. Safira sengih. Straw kembali disedut. Saat ini dia sedang menikmati makan tengah hari bersama Airis , awal awal lagi dia sudah mengirim pesan buat King.
Aku keluar makan dengan Airis , tak payah belikan makanan.
"Biasa je. Tak ada yang berubah." Balas Safira pendek. Malas ulas panjang , memang tiada yang berubah.
Airis kerut kening. Aik?
"Kau biar betul Saf? Tak akan lah tak ada yang berubah? Mungkin tidur berteman ke? Makan bersuap ke?" Wajah cantik Airis direnung lama.
"Aku tak berapa okay dengan King lately." Jujur. Airis angguk.
"Kenapa pula? Baru je kahwin. King buat hal ke?" lambat lambat Safira geleng.
"Aku yang tak boleh lupa kes dulu." Suapan Airis terhenti. Lama mereka berdiam diri sebelum Airis kembali bersuara.
"Kau dengan Ray macam mana?" Berhati hati Airis menyusun soalan. Namun.. baru saja nama disebut tuan badan muncul di sisi Safira.
"Sorry I'm late." Airis cuba beriak biasa bila melihat bahu Safira disentuh Ray lembut. Aduh.. si Ray ni pun.. tak tahu ke dia berbulu mata tengok aksi terlarang depan mata?
"Sokay , Ray."
Selesai Ray membuat pesanan , mereka mula berbual kosong. Sedikit canggung pada Airis , bukan apa.. mata tak betah pula melihat Safira yang kini berstatus isteri selamba mengusap lengan Ray mesra.
Ya jujur memang dia tak suka dengan King. Mulut kalah api. Mulut yang tiada insurans. Lancang dalam berbicara. Tapi.. King juga pernah menabur budi pada dia dulu.