29

313 35 13
                                    

KING sandarkan tubuhnya pada kerusi selepas selesai memuntahkan isi perutnya. Botol mineral dipulas sebelum air diteguk sekali. Pelipis dipicit sebelum King berdehem. Sedar yang ada tetamu yang perlu ditumpahkan perhatian tika ini.

"Yes, ibu?" King tahu pasti ada sesuatu yang mahu disampaikan wanita bergelar ibu itu sehingga wanita itu sanggup mencemar duli di sini, cawangan utama restaurantnya.

"What you have done, Raja Adrain?" Tegang nada itu kedengaran menyapa peluput telinga King. Wajah pucat anak lelakinya itu sedikit pun tidak membekaskan rasa simpati di hujung hati.

"What? King tak faham maksud ibu."

"Apa yang you dah buat pada Donna? King, Donna tu sayangkan you sangat. Apa yang kurang dari Donna sebagai isteri? You ni memang tak reti menghargai macam bapak you kan?" King berkerut. Bukan marah bila wanita itu menyentuh isu Donna, tapi timbul rasa marah bila nama ayahnya dipalitkan bersama. Mahu dilepaskan amarahnya tapi King tahu bukan itu yang ayah mahukan dari dia.

"Ya, ibu. King minta maaf, King minta ampun. Tapi tentang perkara itu, biarlah King dan Donna selesaikan sendiri."

"You nak selesaikan macam mana, King? Bercerai berai dengan Donna semata-mata untuk second wife you tu? You rasa worth it ke King? Tinggalkan Donna untuk perempuan macam tu? Apa lebihnya dia dari Donna? You tell me."

Angkuh nada ibunya.

King masih tanam secebis kesabaran dalam diri. Sejak dulu begitu lah hubungan dia dan ibu kandungnya. Ayah sering bercerita tentang kebaikan ibu, tapi ibu? Tidak. Bila ayah meminta dia untuk menjernihkan hubungan dia dan ibu. Sungguh King mahu menolak. Tapi mana mungkin dia menolak permintaan ayah.

"Ini bukan soal lebih atau kurang ibu. Ini soal hati, soal rasa, soal perasaan. King tak boleh cintakan Donna sepertimana Donna cintakan King, ibu."

"Sebelum ni you yang beria-ria mahu jadikan Donna isteri, bukan? Oh sebelum ini boleh saja you hidup dengan Donna tanpa cinta tapi lepas berkahwin dengan perempuan tu dah jadi tak boleh pula, ya?" Sindirnya lagi.

King larikan padangan ke luar jendela.

"Ibu bercakap macam ibu tak tahu situasi masa itu." Pendek namun cukup buat wanita separuh abad itu mencerlung tajam memandang King.

"You memang lelaki tak guna. Sama macam ayah you. You tak malu ke pada papa Afwi dengan apa yang you dah buat pada Donna sekarang, King? You tak malu? I malu dengan sikap you, you tahu? Kasihan anak I dapat suami macam you!" Amarahnya dilepaskan tanpa ragu. Padanya, anak lelakinya itu layak untuk dimarahi.

"How about me, mom? I'm your son." King jatuhkan pandangan mata selaras dengan mata wanita itu.

"Your neglect son." Ada getar pada nada itu.

"Tapi tak apa lah. I get used to it. Ibu tak pernah anggap King macam anak ibu pun kan selama ni? King tak marah dan King tak dendam. Tapi tolong jangan selitkan nama ayah dengan setiap satu kesalahan King." Tegas.

"He raised me alone without you. He's my dad and he's my mom. Ibu tak ada hak untuk bercakap fasal ayah. Ayah lelaki tak guna? Okay. But he still raising me to be a good son. And how about you?" King jungkit kening tebalnya.

"Tentang papa Afwi. We're good, mom. Kami sudah pun berbincang sebelum ni. Papa Afwi tak kata apa pun. He respect our decisions. Why can't you do it for me too?" Berubah langsung wajah wanita itu mendengar bicara King.

"Tentang Donna, King minta maaf kalau perkara itu memalukan bagi ibu. Tapi King tak mahu seksa Donna untuk terus hidup dengan King, lelaki yang tak mampu cintakan dia sepertimana yang dia harapkan. Ibu tentu faham, kan? Macam ibu, ibu tak mampu teruskan hubungan dengan ayah sebab ibu dah tak cintakan ayah, bukan? Macam itu juga lah yang King rasa sekarang."

Kïng.Where stories live. Discover now