SUDAH sehari Safira jatuh sakit bahana dari peristiwa semalam. Bunyi petir yang sedari tadi tidak berhenti mengejutkan Safira dari mimpi panjangnya. Berpeluh peluh Safira saat terjaga dari mimpi buruknya. Dada disentuh. Laju. Mimpi itu terasa nyata. Tapi.. kenapa pula dia peduli? Bukan kah itu yang dia mahukan?
Sesaat , sesuatu yang melekat di dahinya dibelek. Coolfever. Entah bila King melekatkan di dahinya.
Jam dikeling , sudah hampir dua pagi. Seharian dia tak bermaya kerana suhu badannya yang cukup tinggi. Dan , King lah yang paling kalut dan khuatir dengan keadaannya. Berkali kali lelaki itu memohon maaf padanya, walhal bila difikir semula dia yang terlampau seronok mandi hujan sehingga tergelincir masuk ke dalam sky pool.
Terbayang pula wajah bersalah King petang tadi. Kalut sungguh. Safira simpan senyum , King memang tak banyak berubah. Lelaki itu masih sama seperti dulu.
Bila teringat akan lelaki itu , Safira teringat sesuatu.
Apa mungkin dia perlu beri satu lagi peluang buat lelaki itu , seperti mana yang ibu cadangkan petang tadi sewaktu dia menelefon wanita itu?
Entah. Safira sendiri ragu.
Apa dia perlu beri peluang buat perkahwinan mereka?
Baru saja Safira berura-ura untuk mengubah posisi tubuhnya , kakinya tertolak sesuatu. Berkerut dahi Safira dibuatnya. Apa pula yang berada di hujung kakinya? Lampu tidur di meja kecil di sisi katil dibuka.
"Hermosa?" Suara serak itu menyapa. King angkat wajahnya dari sisi katil Safira dengan matanya mengecil memandang Safira , silau mungkin.
"Kenapa bangun ni? Do you need anything?" King menyoal dengan duduk yang cuba dibetulkan.
"Buat apa kat situ?" Teragak agak Safira bertanya.
King senyum.
"Jaga awak." Berkerut dahi Safira mendengarnya. Jaga sampai tertidur di hujung kaki? Apa itu definisi menjaga buat seorang Raja Adrain?
"Sampai tidur hujung kaki?" King cuma koyak senyum.
"Kenapa tak tidur atas?" Safira menyoal lagi.
"Saya tahu awak tak selesa nanti satu katil dengan saya." Terdiam Safira mendengarnya. Kenapa malam ini dia banyak tersentuh ya dengan perilaku dan bicara King? Seperti sekarang , separuh hatinya yakin mahu memberi peluang terakhir buat King. Tapi apa dia terlalu cepat membuat keputusan? Safira sendiri kurang pasti.
"Tak apa , malam ni naik lah. Tidur sekali." Berkerut dahi King mendengarnya. Dia salah dengar ke? Safira sedang mengajak dia tidur sekatil?
"You sure , hermosa?" Soalnya mahu kepastian. Kut kut lah Safira mamai tadi. Bila melihat anggukan dari Safira , langsung King angkat kaki dan berbaring di sisi Safira.
King mengerling Safira di sisi. Safira masih membisu memang siling bilik. Kelihatannya seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Fikir apa?" Safira tersentak kecil sebelum wajah King dipandang. Kepala digeleng.
"Are you okay , hermosa? You sweating." King mengelap peluh di pinggir dahi Safira. Terbang rasa gembira dengan pelawaan Safira yang mengajaknya tidur sekatil tadi bila melihat keadaan Safira sekarang.