6

607 67 36
                                    






"I'm made of gold but if you hurt me I'll turn to stone."
- her.





"RAY.." Lengan Ray diraih lembut. Ray merengus sebelum lengannya ditarik kasar. Safira tercengang. Dahi secara tidak langsung berkerut seribu bila menerima balasan negatif dari Ray.

"You.. okay?" Safira merenung lama wajah putih Ray.

"Yea. I'm good." Pendek balasan Ray.

Safira membisu.

"Why? Kenapa you macam ni?" Safira mengusap lembut lengan Ray yang bertatu. Sekali lagi Ray merentap lengannya.

"I okay Aedrin." Kasar.

"Ray." Kesabaran Safira mula menipis.

"Kenapa ni? You ada masalah apa?" Ray yang tadinya selesa berbaring sambil membelek telefon bimbitnya menoleh ke sisi.

"I dah cakap tadi kan? I okay. I tak ada masalah apa apa."

"Jangan nak tipu I. You jumpa siapa tengah hari tadi sampai you jadi macam ni?" Soalan itu diluncurkan lurus. Bukan Safira tidak perasan sikap Ray berubah drastik selepas dia meminta diri untuk berjumpa seseorang.

"Tell me Ray , you jumpa siapa?" Lengan Ray ditariknya lagi. Jelas tidak berpuas hati dengan balasan Ray sebentar tadi.

"You tak perlu tahu."

"Kenapa pula? Sebelum ni tak ada rahsia antara kita , kan? Kenapa sekarang you nak berahsia pula dengan I?" Soal Safira bengang dengan sikap Ray. Tidak seperti selalu Ray akan memujuk dan memohon maaf.

Sepanjang hubungan mereka , jelas pada mata Safira Ray seorang yang sangat sempurna. Ray jelas lebih tahu apa kemahuan hati , Ray memahami , Ray penyayang , Ray sering ada saban hari.

"Come again. Tak ada rahsia antara kita?" Ray menoleh. Safira angguk.

"Are you sure Aedrin? Cuba you fikir semula apa yang you dah rahsiakan dari I." Safira bingung. Clueless! Apa yang dirahsiakannya dari pengetahuan Ray?

Melihat Safira yang mengambil masa yang lama untuk berfikir buat Ray hela nafas panjang.

"I jumpa King tadi."

Zap!

"I.." Ray telan liur sekali.

"I tak pernah tahu yang you pernah tidur dengan dia." Safira dikerlingnya sekilas. Safira jelas tergamam. Hilang diksi. Liur ditelan payah.

"Dia .. beritahu you?"

"Kenapa you tak pernah berterus terang dengan I?" Soalan itu dilempar Ray lurus.

"Ray .. I.."

"Why Aedrin? He raped you?" Ray bertanya lagi. Wajah Safira yang saat ini sedang menunduk itu ditatap lama.

"Answer me , Aedrin."

"Ray.."

"Yes or no Aedrin? Kalau dia rogol you , I sanggup buka kes ni untuk you."

Kïng.Where stories live. Discover now