"Drugs: cocaine."
"King's drug: his precious gem [ Safira ]"
AIRIS terangguk-angguk apabila mendengar keseluruhan cerita Safira. Ada kalanya dia terkelu dan hilang diksi bila tiba di bahagian yang tidak dijangka-jangka. Wajah Safira dipandang lama, sudah lama mereka tidak bertemu kerana kesibukan masing-masing tapi siapa sangka banyak perkara yang telah dilalui teman baiknya itu?
"Kau rasa macam mana, Aii?" Saat ini dia sudah menongkat wajah memandang Airis, penuh berharap. Airis garu dagunya perlahan.
"Macam mana ya..."
"Dah berapa lama korang berbaik?" Airis ujarkan soalan. Safira pun.... bertanya dengan dia yang belum mendirikan rumah tangga. Janggal betul mahu menjawabnya.
"Ada dalam tiga bulan macam tu?" Airis angguk.
"Kau... tak risau ke, Saf? Maksud aku. Tiga bulan korang berbaik ni King langsung tak sentuh kau? Aku faham la kalau enam bulan masa tu dia tak sentuh kau sebab hubungan korang masih dingin. Sekarang?" Ya. Tadi Safira menceritakan segala-galanya pada dia. Dan Safira jadi serba salah bila mengenangkan hak King yang satu itu masih dinafikannya.
"Itu lah. Aku.. aku tak tahu lah Aii. Aku takut."
"Apa yang kau takut?" Safira ketap bibirnya. Wajah Airis sekali lagi dipandangnya , kedua-dua tangannya digenggam. Resah!
"Kau tak rasa awal sangat ke?" Airis berkerut kejap mendengarnya.
"Apa yang awal?"
"Maksud aku, aku baru nak bina semula kepercayaan aku pada dia. Hubungan kami baru nak berbaik , untuk langsaikan tanggungjawab aku yang satu tu tak terlalu awal ke?" Airis angguk mendengar bicara Safira.
"Lagi satu... aku trauma."
"Maksud kau?" Berhati-hati Airis bertanya. Dia cukup mengerti dengan keadaan diri Safira. Jadi untuk berhadapan dengan Safira dia perlu berhati-hati dan penuh kelembutan. Safira.. gadis itu sudah banyak terluka.
"Kalau kau ingat.. er.. dulu... dia tinggalkan aku lepas kitaorang..." Bicaranya terhenti di situ bila Airis memegang lembut tangannya. Airis angguk dengan segaris senyuman pada bibirnya.
Tangan mereka bertaut. Airis masih mengukir senyum nipis buat Safira. Dia mengerti apa yang membelenggu relung hati Safira.
"Tak apa. Tak perlu teruskan. Aku masih ingat semua yang jadi pada kau, Saf." Mata Safira berkaca mendengar bicara Airis. Pegangang tangan mereka digenggam sedikit.
"Of course you do. You were there for me." Ya. Airis sentiasa berada di sampingnya. Airis tidak pernah sekali pun berganjak dan menghinanya setelah apa yang terjadi dalam hidupnya. Persahabatan mereka sangat bermakna buat Safira. Jujur, dia tak rasa dia sanggup untuk teguh berdiri sehingga ke hari ini sekiranya tiada sokongan dari gadis itu. Selain Ray, Airis juga ada dikala dia memerlukan.
Oh tapi itu bukan bermakna dia mempunyai rasa buat Airis ya. Safira mungkin pernah menyukai kaum sendiri tapi Safira cuma boleh mempunyai rasa buat Ray dulu. Pada wanita lain Safira tidak mempunyai apa-apa perasaan. Aneh tapi benar.
Airis senyum.
"Safira..."
"Ini pendapat aku tau, anggap sajalah pandangan aku sebagai seorang kawan."