13

561 60 32
                                    




"Not every sorry deserve an its okay in return."



// halal chapter for bulan ramadhan.

+ reen ada ig for wattpad ( a new one) but i only accepts people that I comfortable with. sebabnya dekat ig tu reen suka spam... takut some of you tak selesa.. so if you interested to know about my new Instagram acc , boleh pm hehehe. have a nice day everybody.






"KING." Bersama dengan itu , ketukan bertalu talu singgah pada daun pintu bilik tamu di depannya. Dua saat berlalu barulah terjengul keluar wajah tampan King.

"Yes , hermosa?" Safira berkerut bila melihat King cuma tayang wajahnya. Hairan. Pintu juga tidak dibuka lebar.

"Kau kenapa?" Mengerti maksud soalan Safira , King senyum.

"Saya tak pakai baju." Safira terdiam. Baru perasan yang selama perkahwinan mereka , King tak pernah tak berbaju di hadapannya. 

"Dah tu? Kau malu ke?" Selamba Safira bertanya. King pula yang terdiam. Cuma sesaat sebelum bibirnya kembali merekah melorek senyum senget.

"Kenapa? Teringin nak tengok saya tak pakai baju eh?" Giat King mengusik. Safira tayang wajah jelek.

"Tak hingin lah aku!" King ketawa.

"Kenapa awak ketuk pintu bilik saya ni? Nak claim morning kiss ke?" King sengih nakal. Sengaja mahu mengusik Safira.

"Morning kiss tahi!" King lepas tawa kuat. Sudah menjadi hobinya mengusik Safira.

"Habistu? Awak nak apa ni hm? Lapar?" Safira geleng. King berkerut. 

"So..?"

"Aku nak cari barang dapur kejap lagi." King angguk sebelum akal berfikir sejenak. Jangan salah sangka , Safira bukan minta izin tapi minta duit. Memang tak lah dia nak berbelanja dengan duit dia! Bukan kedekut tapi dia bukan berduit seperti King. Jadi apa salahnya dia meminta.

"Pergi sekali je lah dengan saya."

"Kau tak busy ke?" King geleng.

"Tapi awak teman saya pergi somewhere kejap lah. Boleh?"


















LUTH kerling gadis di hadapannya sekilas. Sesekali matanya menjeling apa yang berjaya menarik minat gadis di hadapannya ini. Tanpa sempat di tahan , bibir Luth melorek senyum nipis.

King yang sedang asyik mengayun driver itu dijeling. Ya , pemandangan itu lah yang sedari tadi berjaya menarik minat Safira.

"Tak lepas pandang nampak?" Safira tersentak. Terus wajah tampan Luth yang sedang tersenyum nipis itu dipandang.

"Diam lah , Luth." Luth ketawa. Dalam hati mengiakan kata kata King tempoh hari , Safira versi baharu ini memang berbeza. Sangat berbeza!

Hilang sisi Safira yang dulunya polos dan lembut. Yang tinggal cuma Safira yang garang dan bengis. Nasib kau lah King..

"Bosan?" Luth menyoal basa basi. Sengaja mencari topik untuk dibualkan bersama Safira. Sejujurnya dia juga bosan , lenguh tangan memukul bola selama tiga jam. Tapi.. berbeza pula dengan King. Tenaga lelaki itu masih lagi berbaki. Buktinya , King sedang asyik memukul bola melepasi tasik. Gila.

Kïng.Where stories live. Discover now