"I stare at your face and all I want to do is kiss you."SAFIRA menapak masuk ke biliknya setelah selesai mengemas di tingkat bawah. Sebaik mata tidak dapat menangkap kelibat King , Safira hela nafas lega. Takut? Oh please! Dia cuma merasa canggung bila bersama King.
King pula kelihatannya ceria , sejak majlis bermula senyuman tidak pernah lekang bergayut pada ulas bibirnya. Tangan pula tidak lepas menarik tubuh Safira dekat dengannya , dasar lelaki gatal! Namun menolak King dikhalayak ramai bukan lah satu cara yang bernas. Apa pula pandangan tetamu yang hadir nanti? Sudahnya Safira hanya ukir senyum plastik , sesekali mata tajam menjeling King. Namun King cuma buat endah tak endah , malah makin kerap sisi pinggang Safira diusapnya. Ew!
Sesuai permintaan Safira sendiri , mereka cuma mengadakan majlis akad nikah sahaja. Itu pun tetamu yang hadir cuma dari kalangan keluarga dan rakan-rakan dekat mereka. Kata Safira , dia tidak mahu menghebahkan perkahwinan mereka. King pula langsung bersetuju tanpa membantah. Kalau itu permintaan Safira , kenapa tidak?
Selesai membersihkan diri , Safira melangkah keluar dengan tubuh yang sudah lengkap berpakaian. Sengaja dia membuka langkah berjaga-jaga dengan membawa pakaian bersama sebelum mandi.
"Awak dah mandi?" Bahu Safira sedikit terhinjut sebaik koklea telinga disapa dengan suara garau King. Tuala yang membaluti rambut sedikit dibetulkan.
See? Nasib dia sudah lengkap berpakaian. Kalau tak?
"Hm." Safira jeling King yang sedang ralit bermain telefon bimbit di birai katil. Baju melayu berona putih susu sudah dibuka , tubuh King cuma dibaluti singlet putih dan berseluar. Sampin dan songkok juga sudah ditanggalkan. Oh tidak lupa juga tuala yang melilit pada batang lehernya. Mungkin sedang menunggu Safira selesai membersihkan diri.
Tanpa sedar , lama Safira berdiri menatap King.
"What are you looking at , wife?" Tubuh Safira kejung mendengar teguran King. Segera mata dilarikan ke arah lain.
"Saja.. nak tambah pahala." Mendengarkan itu , langsung King kalihkan tumpuannya pada Safira. Hujung bibir nipis King mengukir satu senyuman nakal.
"Do you need my help? You might gain more." Kali ini Safira kalihkan semula matanya pada wajah bersih King.
"Huh?" King ketawa kecil melihat wajah blur Safira yang dirasakan mencuit hati.
"Maksud saya , nak saya tolong awak dapat pahala lebih tak?" Melihat senyum miang King buat Safira mula mengerti. Safira tayang wajah jelek.
"No thanks." King angguk sebelum telefon bimbit miliknya diletak pada meja bersebelahan katil. Kaki sudah melangkah menghampiri Safira. Safira pula masih beriak biasa.
"Excuse me darling.. macam mana saya nak mandi kalau awak berdiri depan ni?" Safira tersedar. Ya tak ya juga. Baru kaki mahu melangkah , belakang sikunya disambar King.
"Atau awak sebenarnya nak ikut saya mandi sekali?" King tunduk sedikit menyamakan tinggi mereka. Bibir masih tidak lepas melakar senyum penuh gula.
Safira pula kaku.
Entah kenapa , tubuhnya terasa kejur. Cuma mata yang sedari tadi tidak lepas menatap wajah tampan milik King. Nafas mint King yang menampar dagu terbelahnya buat Safira semakin gugup.