"MESTI sekarang King tak ada kat rumah kan?" Gerak tangan yang tadinya mahu mencapai penyedut minuman itu tergendala. Siapa sebenarnya lelaki bernama William ini, ya? Bagaimana lelaki itu boleh tahu tentang keberadaan King?
William yang masih fokus menjamu selera dikerling.
"You sebenarnya siapa?"
"As I said before, nothing to you." Safira tayang wajah bosan.
"You kawan King?" Tekanya.
"Perhaps," Fikirnya dengan bersetuju untuk makan tengah hari bersama lelaki bernama William ini dapat mengurangkan tanda tanya yang tidak henti bermain di fikirannya. Tapi bertambah tanda tanya pula jadinya.
Airis dan Izz yang berada selang beberapa meja dikerling. Mata Airis dan Safira bertemu, raut wajah Airis kelihatan keruh. Mungkin gusar melihat Safira yang senang-senang bersetuju dengan pelawaan mengejut dari lelaki itu untuk makan bersama.
"Macam mana you tahu King kat mana?"
"Sebab I jumpa dia tadi." William jawab tenang.
"I see... jadi betul lah you dengan King berkawan?"
"Oh please dear, I'm not making friends with that kind of person." Timbul kerutan pada dahi licin Safira.
"Maksud you?"
"Womenizer, hypocrit, irresponsible..." Ulas bibir itu membentuk sebuah senyuman sinis bila menangkap riak keruh pada wajah cantik di hadapannya tika ini.
"Apa you cakap ni?" Selar Safira kasar.
"I am describing your beloved husband,"
"You jaga mulut you sebelum bercakap." Makin lebar senyuman pada bibir itu. Mungkin suka melihat respon Safira.
"Are you still remember my last words , last time we met?"
"Jangan mudah mudah jatuh kalau you tak mampu lepaskan." William kembali mengulang bicaranya tempoh hari.
"Bullishit." Carut Safira. Wajah cantik itu kelihatan bengis tika ini. Garang matanya menikam mata William.
"You sebenarnya nak apa dari I, Encik William?" Lurus Safira bertanya. Dia cuma mahu lelaki itu bersikap jujur dengannya. Dia cuba untuk bersikap rasional, tapi mendengar setiap hinaan pada suaminya buat darah Safira mendidih. Apa hak lelaki itu untuk menghina suaminya? Dia lebih kenal suaminya!
William kesat hujung bibirnya dengan tisu sebelum bibirnya mengukir senyum nipis. Kali ini senyuman itu tidak lagi sinis.
"I tak mahu apa-apa pun sebenarnya dari you, Puan Safira." William rapatkan tubuhnya pada meja, sekaligus membuang jarak di antara mereka.
"I'm here because, I want to remind you that just don't fall to deep my dear."
"You might drowned." Tubuh tinggi itu akhirnya bangun dan berganjak untuk menyelesaikan bil. Sebelum berlalu pergi, sempat dia mengerling semula pada Safira. Memberi satu pandangan penuh makna yang maknanya tidak dapat dirungkai Safira.
"HELLO, King!" Teruja nada Safira menyapa sebaik panggilan yang dibuat sedari tadi akhirnya tersambung. Dia rindukan King, sudah beberapa hari mereka tidak bertemu. King hanya memaklumkan yang dia sedang memantau salah satu restoran milik ayah tirinya yang kini sedang dalam pembinaan.
Senyap.
Safira berkerut halus sebelum telefon bimbitnya dibelek. Panggilan masih tersambung namun King masih membisu di hujung talian.