28

326 28 19
                                    

                               "PERTAMA kali I jumpa Donna masa I baru berjinak-jinak untuk pulihkan hubungan dengan ibu. You tahu kan? I jumpa semula dengan ibu sebelum I sambung matrik. Itu pertama kali kami jumpa. Pertama kali I jumpa Donna dan pertama kali I jumpa Ayuni." Safira diam mendengar. Namun mata itu tidak lepas merenung King yang tika ini membuang pandangan ke luar jendela yang separuhnya terselak mendedahkan pemandangan luar.

"At first, everything is going well. Our relationship, my family and my studies. I gembira sangat masa tu. Hubungan I dengan ayah okay. Hubungan I dengan ibu pun mula membaik. Papa Afwi pun boleh terima I dan anggap I macam anak dia sendiri. I dah tak sendiri, I ada dua orang adik beradik perempuan. Dan I ada you ... girlfriend yang sayangkan I." King jatuhkan pandangan matanya sekilas pada Safira. Bibir itu menguntumkan senyum nipis.

"Ayah selalu nasihatkan I supaya tidur rumah ibu. Baik pulih semula hubungan I dengan ibu dan Ayuni. Itu permintaan ayah. Sebab itu lah setiap kali cuti I selalu tidur rumah ibu. Luangkan masa dengan keluarga sana. Semuanya okay sampai lah satu hari Donna datang dan terus terang tentang perasaan dia pada I."

"I tolak cara baik. Sebab I anggap Donna macam keluarga I sendiri. Lagi pun masa tu I memang ambil serius tentang kita. Jadinya tak pernah terlintas dalam fikiran I untuk cari perempuan lain."

"Then masa I cuti sem, I balik jumpa you dan kita...urm...terlanjur for the first time." Perlahan ton suara King. Takut kalau cerita lama itu buat Safira jadi tak selesa.

"I balik rumah ibu lepastu. Dan Donna tak sengaja nampak badan I."

"How can? You memang sengaja tayang badan depan dia? Sengaja nak tunjuk pada dia apa yang jadi malam tu?" Sela Safira. King geleng.

"Tak sayang. Dia yang terjah masuk bilik .."

"Apa?" King lepas keluhan berat.

"Dia terjah sebab nak minta tolong I halau lipas yang ada di bilik dia. Sebab itu lah dia nampak. That's all sayang." Jelas King lembut membuang jauh apa yang menganggu fikiran Safira. Safira mencebik sebelum pandangan dilarikan jauh dari terus memandang King. King cuma ukir senyum nipis melihat perilaku Safira.

"I tak tahu kenapa dia jadi cemburu buta. Dia menangis dan cakap benda bukan bukan pada I lepas dia nampak kesan yang you tinggal pada tubuh I malam tu."

"She loves you, susah ke you nak faham?" King dijeling.

"Tapi itu hak I. It's up to me, nothing to do with her. Donna tak sepatutnya sibuk hal peribadi I masa itu, Fira." Ada betulnya. Tapi nama pun cemburu.

"Selang beberapa hari selepas malam tu. Donna datang pada I dan cakap dia sanggup serah diri pada I. I tak tahu apa yang dia fikir masa tu. Dengan usia dia yang masih muda."

"Dan you pun nak, kan? Apa yang you fikir masa tu? Budak tu muda lagi. Bukan ke you cakap you dah anggap dia macam adik you? Keluarga you sendiri? Then what happen? You slept with her." Safira simpulkan sendiri cerita King. King merenung Safira dengan senyuman kelat pada bibir.

"Malam ni... I cuma akan ceritakan buruk I sahaja. Bukan buruk orang lain. Lagi lagi orang lain tu isteri sendiri. Cukup lah I beritahu you yang bersalah dalam hal ini I. I sentuh Dee malam tu sebab I cuma lelaki biasa. I tahu I tak sepatutnya buat macam tu, I tak sepatutnya curang dengan you, tapi macam I cakap tadi. I cuma lelaki biasa, I cuma lelaki normal yang ada nafsu macam lelaki lain. Dan malam tu kami terlanjur."

Jeda.

Tiga saat keadaan sunyi sebelum King kembali menyambung ceritanya.

"Mungkin balasan atas dosa-dosa I. Lepas kejadian itu semua. Pelajaran I mula merosot. I tak dapat focus sebab I takut. Macam macam I fikirkan. I sedar yang I dah banyak buat perkara yang buat Allah murka pada I. I jadi takut sangat. Bila fikir yang I heret you untuk buat perkara tak sepatutnya.."

Kïng.Where stories live. Discover now