"Stop trying to find happiness in the same place you lost it."SEMINGGU berlalu , namun kata kata terakhir lelaki bernama William itu masih lekat dalam ingatan Safira. Safira diselubungi rasa ingin tahu , siapa Wiliam sebenarnya? Apa maksud dari bicara lelaki itu? Dan kenapa lelaki itu tiba tiba muncul?
Ringan bibir mahu bertanya hal ini pada King , namun King pula kebelakangan ini sibuk. Seminggu King tidak pulang ke rumah. Katanya ada masalah berkaitan dengan pembukaan restoran barunya. Dan sudah seminggu dia tidak bersua muka dengan King.
Persoalannya.. siapa William?
Safira merengus.
"Hey.." Pandangan Safira beralih ke kanan bila merasakan rambutnya diselitkan ke belakang telinga. Bibir menguntum senyum manis bila menatap raut wajah milik Ray.
"Are you okay..?" Rambut Safira diusap lembut. Rindunya membuka buak buat Safira. Dua tahun hidup ditemani Safira , tinggal sebumbung , tidur sekatil dan berkongsi segala galanya bersama Safira. Dan sudah tentu dia merasa janggal bila kehilangan Safira. Fikirnya Safira akan memutuskan hubungan mereka seusai termeterainya akad satu bulan lalu , namun...
"I'm okay , Ray.." Safira sandarkan kepalanya pada bahu Ray. Lengan Ray dirangkul mesra , bibir melakar senyum manja.
"I miss you.." Ujarnya perlahan. Cukup buat bibir Ray mengoyak senyum senang.
"I miss you more Aedrin."
King... King..
Suara hati Ray tertawa sinis bila mengenangkan King. King sempurna , King punya segalanya namun sayang.. Safira tetap memilih dia berbanding King.. lelaki tulen.
Ray simpan senyum herot.
"You dengan King macam mana?"
"Kenapa lah soalan tu jadi soalan favourite semua orang ya? Setiap kali tengok muka I mesti tanya soalan yang sama!"
"I bosanlah!" Safira angkat kepalanya dari terus bersandar pada bahu Ray. Rimas pula bila acap kali soalan itu diutarakan pada dia.
Ray senyum senget.
"Well .. you kan baru kahwin. Mestilah semua orang tanya okay ke tak.." Safira jeling Ray tajam seusai bibir nipis itu meluncurkan kenyataan yang dirasakan bosan.
"Tak ada yang menarik , bie."
"Did he touch you?" Safira geleng sebelum botol yang terletak di atas meja dicapai. Sempat mata melilau melihat keadaan ruangan yang ditempah Lee.
Rata rata tetamu yang hadir asyik melayan diri , ada yang ligat menari , ada yang ligat bernyanyi , ada yang sedang meneguk minuman keras yang sejak mula majlis disediakan Lee. Dan ada juga yang...
Safira geleng kecil.
Sejahat jahat dia , dia tak pernah sekali sentuh bahan terlarang yang digelar dadah. Ya .. di sini ada beberapa pihak yang sibuk dengan urus niaga jual beli dadah.
Tidak hairan , bukan sekali di menjejakkan kaki di sini. Semenjak dia memilih untuk bersama Ray , rasanya dia sudah bisa menapak ke sini.