"Safira once fell hard for me , what makes you think I can't make her fall for me this time?"
- King.SAFIRA melangkah turun sambil blouse yang tersarung di tubuhnya dikemaskan. Kaki melangkah ke arah table bar , bila melihat ianya kosong dahi Safira berkerut halus. Tiada sarapan pagi yang biasanya disediakan King.
Tidak lah mengharap tapi aneh. Apa King terlupa? Mungkin? Entah kenapa , tangan Safira mencari cari nota tangan yang biasanya ditulis King. Tapi hampa , tiada nota tangan dari lelaki itu.
Safira kembali menyusun langkah ke lif. Bila sampai di basement bawah , sekali lagi Safira berkerut bila melihat kereta King masih terparkir kemas di kotak parkir. Tak kerja ke? Aneh. Jarang King berangkat lambat. Biasa King memang rajin meninjau dan turut serta untuk opening restaurantnya.
Kenapa ya?
Eh? Kenapa pula bunyinya macam dia peduli pada King?
Cepat cepat Safira geleng kepala sebelum dia berlalu ke keretanya. King dah cukup matang untuk uruskan diri sendiri , bukan? Tak ada yang perlu dia risaukan.
Namun Safira tidak dapat bohongi diri sendiri , tidak fokus dia mengubah bunga dan set tempahan hantaran yang diterima bahana fikirkan King. Puas ditepis dan dinafi namun dia tidak dapat membohongi diri sendiri. Apatah lagi bila dia tidak dapat mengubungi King. Whatsapp pun one tick!
Dan sebab itu lah dia pulang ke rumah. Dia memberi alasan dia ada hal keluarga , tak kan nak mengaku yang dia risaukan King pada staff nya? Aish! Malu lah.
Pintu bilik King diketuk dua kali. Senyap. Sekali lagi Safira ketuk , tidak menunggu lama pintu bilik King dikuak perlahan. Kepala terjenggul mencari kelibat King.
Mata Safira menangkap tubuh King yang masih pulas tidur. King masih lena? Aneh.
"King." Tiada respon.
"King." Kali ini tangan King digerakkan sedikit. Sekali lagi tubuh itu masih kaku tanpa sebarang balasan.
"Hey.. King. Bangun lah sekejap." Kali ini bahu terdedah King disentuh dan digoncang lembut. Sejenak , Safira mengangkap haba panas pada tubuh King.
Eh?
Selimut yang menutupi bahagian atas tubuh King ditarik sedikit ke bawah. Seketika mata Safira tertumpu perut bahagian kiri King. Buat sesaat , Safira terkelu. Bebola matanya naik memandang ruam ruam yang ada pada badan King. Allergic ke?
"I sejuk D." Suara garau itu membuatkan fokus Safira terganggu. D? Siapa?
"Siapa D?" Soalannya lurus. Tercelik mata King mendengar suara yang menegur. Spontan bibir mengukir senyum nipis buat Safira.
"Nothing , sorry I ingatkan cousin I." Safira malas mahu ambil pusing. Dia labuhkan punggung di sisi King sebelum tanganya naik pada dahi dan leher King. Tidak lah terlalu tinggi suhu tubuh lelaki itu.
"Kau kenapa ni? Demam?" Raut wajah Safira yang terpancar kerisauan berjaya membuatkan King simpan senyum.
"Pergi klinik nak?" Ujar Safira sambil tangannya kembali menutup tubuh terdedah King. King geleng.