"ARE you sure, hermosa?" King menyoal lagi. Nadanya masih begitu. Masih lembut memujuk Safira yang dirasakan sudah sedikit mengigil di bawahnya. See? Dia belum buat apa apa pun, Safira sudah mengigil.
"Yes.." Ujarnya perlahan. Dia yakin dengan kemahuannya tapi jauh di sudut hatinya dia berasa takut. Ya, ini bukan kali pertama buat mereka berdua tapi Safira masih tak biasa. Lima tahun peristiwa itu berlalu dan dia masih kekok. Dulu pun dia cuma mengikut rentak King.
King senyum lagi. Hidung Safira dicium sekilas.
"It's okay sayang... I will patiently wait for you.."
"No, King. Saya dah sedia." King yang masih separuh menindihnya itu ditatap lama.
"I don't think you're ready sayang. Saya dah cakap kan? Saya tak kisah tunggu. Tak perlu tergesa-gesa kalau awak belum sedia."
"Atau awak yang sebenarnya tak nak?" King memandang wajah Safira yang hanya selang beberapa jarak darinya tidak percaya. Kedua tangan di sisi yang menampung separuh badannya direndahkan sedikit. Bibir merapat pada cuping telinga Safira.
"Oh you never know how much I wanted you right after we kissed just now, hermosa." Membahang wajah Safira mendengarnya. Selepas aksi berani mati dia mencium bibir King di balkoni tadi, King terus cempung tubuhnya ke atas katil.
"Then?" Wajah King dicari. King jatuhkan wajahnya pada bahu Safira.
"Sayang,"
"After our first time, awak menangis tepi katil sebab awak kata awak menyesal dengan apa yang jadi." Safira diam. Tidak menyangka yang King masih ingat peristiwa itu. Dia menangis kerana menyesal saat itu. Sudah tentu lah, saat itu mereka belum terikat dengan sebarang ikatan sah. Sudah tentu dia menangis, dia dan King pernah berzina dulu. Astagfirullahalazim.
"I'm scared. I don't want to you feel regret twice sayang." King angkat wajah dari bahu Safira. Wajah itu dipandang penuh berharap. Dia tidak mahu Safira merasa menyesal untuk kali kedua, kerna itu lah dia tidak memaksa.
"No. I won't. You're my husband now, King." Safira senyum sendiri. Tebal juga ya iman seorang Raja Adrain.
Melihat anggukan Safira, King senyum nipis dan mula membaca sepotong doa. Namun sesaat King masih canggung. Walhal ini bukan kali pertama dia bersama wanita. Tapi.. bersama Safira, King jadi kaku.
Safira lepas tawa kecil sebelum rantai yang tergantung pada leher King ditarik perlahan dan nafas mereka bersatu. Rentak mereka cukup lembut, cukup buat Safira terbuai. Sesaat kemudian, ciuman mereka diputuskan King.
"I won't hurt you."
"Just tap me, if you want me to stop. Okay, sayang?" Sempat King menitip pesanan sambil bibirnya sudah mengukir senyum bahagia.
KING mengusap lembut belakang tubuh Safira yang terdedah. Tangan halus yang erat melingkar pada pinggangnya itu diusap lembut. Wajah Safira yang selesa bersandar di dadanya itu ditatap lama.
Cantik.
Bertuah dia memilik cinta Safira. Safira sangat sempurna kalau mahu dibandingkan dengan dia yang banyak kepincangan. Rasa tidak layak memiliki Safira sering menganggu relung hatinya.