"BOY, lama betul you tak jumpa I ya?" Tyta menegur dengan nada seakan akan berjauh hati. Tyta merupakan adik bongsu kepada Tuan Haji Saiful dan Tuan Sofea. Bila dikhabarkan King akan bermalam di rumah agam ini. Laju kedua-dua ibu saudaranya itu singgah di rumah abang mereka.
"Betul. I pun dia tak jumpa." Giliran Tya bersuara. Mereka hanya bergurau, sekadar memecahkan kesunyian di meja makan malam ini.
"Jangan kata kamu berdua. Ayah sendiri pun rasa macam lama dia tak jumpa." Selamba disindir anak tunggalnya itu. Safira tahan senyum, King memang akan dijadikan bahan bualan keluarga ayahnya.
"Eleh... mengada aje semua ni. Padahal selalu aje lunch di Aquarium tu. Siap minta discount pula tu!" King ketawa kecil sekaligus membalas semula usikan mereka.
"Oh... you berkira dengan I, boy?" Tyta bersuara tidak percaya. King senyum.
"Mana ada...kalau cantik cantik macam ni. Minta makan free hari hari pun I bagi." Safira jeling King di sisi. Aduh, lupa pula suaminya bekas buaya.
"Ehem!" Tuan Haji Saiful menjeling. King galak ketawa.
"Lepasni main chess nak tak, tya?" King mengajak. Sejak kecil, tya lah yang gigih mengajar dia bermain chess. Rindu pula dia mahu bermain chess dengan ibu saudaranya itu.
"You tak takut kalah ke?" King ketawa lagi.
"Tya yang sepatutnya takut tau? I lagi pro dari you. Betul tak uncle?" Suami Tya ditegur. Uncle Raden senyum mendengarnya.
"Betul, haritu boy kalahkan I." King senyum bangga mendengar pengakuan uncle Raden.
"Cuba Fira lawan boy." Suara Tyta kedengaran memberi cadangan. Bukan apa, melihat Safira hanya diam mendengar perbualan mereka buat dia rasa tak selesa. Dia tidak mahu anak saudaranya itu rasa terpinggir. Si Raja pula petah mulut berborak sampai tak sedar isterinya sedari tadi cuma diam.
Bila namanya diseru, semua mata tertumpu pada Safira yang berada di sisi King.
"Er.. Fira tak reti main chess." Safira senyum malu. Maaf, bagi Safira chess membosankan. Jadinya dia tidak berminat untuk bermain permainan itu.
"It's okay hermosa, I can teach you." King senyum seraya tangannya meletakkan udang yang sudah siap dikupas pada pinggan Safira.
"Heish apa pula you yang ajar. Biar tya dan tyta yang ajar, confirm you boleh pejam mata main chess sayang." Yakin Tya bersuara. Nada pun ceria. Rasanya ibu-ibu saudara King memang peramah dan mesra. Tidak hairan lah King..hm.
"Eh, apa pula. Biar lah I ajar isteri I." King tidak berpuas hati.
"Hey, biarlah tya dan tyta yang ajar Fira." Suara tyta pula bersuara menyokong kakaknya. Baru King mahu bersuara, suara lain memecahkan perbincangan mereka.
"Anak menantu ayah,"
"Nanti biar ayah saja yang ajar ya? Lepas makan kita main chess di pondok luar, ayah tunggu." Hampir ternganga tiga tiga bila mendengar bicara Tuan Haji Saiful. Safira pula ketawa kecil mendengarnya. Laju kepala diangguk. Betul kata King, ayah memang seorang yang kaya dengan kasih sayang. Bahkan dia pun dapat rasakan kasih sayang lelaki tua itu padanya.
Tya dan tyta sudah ketawa geli hati melihat reaksi anak buah mereka yang dirasakan lucu. Jelas tidak berpuas hati bila isterinya dipinjam si ayah.
"Ayah, mana aci main tipu."
"Raja, cuba bagi peluang ayah nak borak borak dengan anak perempuan ayah. Kamu tu dah selalu kan berkepit dengan Fira. Malam ni aje ayah nak borak borak." Tiada lagi balasan dari King. Mengerti yang ayahnya cuma bergurau, dia juga bergurau. Dia tahu ayah mahu berborak dengan menantu tunggalnya itu. Tak apa lah boleh lah dia borak borak dengan ibu ibu saudaranya.