1

1.1K 89 49
                                    







"There's no reason to stay."
-her.








SAFIRA pejam mata rapat sambil tangan mencapai gelas kaca di atas meja. Air diteguk rakus. Pandangan Airis dibalas dengan senyum herot.

"Stop Aii.." Airis menggeleng kesal.

"You drink too much Saf." Airis menegur. Baru Airis mahu bersuara lagi , sosok tubuh yang tidak lagi asing muncul di samping Safira.

"Baby." Airis guling mata ke atas. Tekak terasa berpasir. Wajah berubah kelat. Safira menyapa 'teman lelakinya' mesra. Pakej dengan pelukan. Berbulu Airis melihatnya.

Bukan dia tidak pernah melakukan hal yang sama. Sudah tentu dia pernah memeluk Izz! Tapi bezanya , Izz lelaki! Yang di hadapannya tika ini pula...

Pengkid.

Ya. Ulang suara. Pengkid. Safira kini menjalinkan hubungan cinta dengan kaum sejenis selepas King bertindak meleraikan hubungan cinta mereka buat kali kedua beberapa tahun yang lalu.

Bertambah parah bila pengkid yang menjadi pilihan hati Safira berbangsa cina. Astagfirullahalazim. Penangan Raja Adrain , personaliti dan sikap Safira Aedrina kini berubah. Sangat kontra dengan sikapnya dulu.

Safira Aedrina yang masih belia itu seolah-olah telah mati ditelan zaman. Tiada lagi Safira yang pemalu , tiada lagi Safira yang pendiam , tiada lagi Safira yang polos. Tiada lagi Safira Aedrina yang dulu.

Matinya hubungan cinta antara dia dan King , seolah olah membawa kematian pada jiwa belia Safira.

Yang tinggal cuma Safira yang..

"I nak balik , Ray.." Safira merengek. Kepalanya terasa berat. Sudah beberapa botol minuman keras diteguknya malam ini.

"Penthouse I?" Safira senyum menggoda seraya kepalanya dijatuhkan berkali-kali , setuju dengan pelawaan Ray , pengkid yang berjaya merubahnya.

Airis yang melihatnya hilang kata. Mahu menengah namun dia lebih memilih untuk berdiam diri. Malam ini , mereka dijemput ke night club untuk meraikan hari lahir salah seorang kenalan mereka , J.

"Saf , tak nak cakap bye dekat J dulu ke?" Safira yang tadinya ingin menapak pergi bersama Ray tersedar. Kepala yang memberat dipicit lembut. Wajah Ray dicari.

"You tunggu I dekat kereta lah bie. I nak jumpa J kejap." Akhirnya mereka bersetuju untuk berpisah. Ray sudah melangkah keluar , manakala Safira terkial-kial mencari kelibat Jai. Airis pula meminta diri ke tandas.

"J.." Safira menegur sebaik melihat sosok tubuh yang sedari tadi dicarinya kini sedang dikelilingi ramai lelaki. Mungkin teman temannya.

Sedar kehadiran Safira , Jai angkat punggung sebelum kaki diatur menghampiri tubuh Safira.

"Hi Fira.." Lelaki berdarah cina-india itu menyapa mesra seraya menghulur senyum buat Safira , kenalannya.

Safira senyum. Pandangannya sedikit kabur , terbit rasa menyesal meminta Ray meninggalkannya tadi. Safira memincit pelipisnya perlahan. Kakinya terasa lembik. Bahana terlalu banyak meneguk minuman keras.

Kïng.Where stories live. Discover now