NURI NAFEESA gigih mengumpul keberanian mahu meminta pertolongan Tengku Rafael. Terus dia jengulkan kepala keluar dari tandas.
Tapi niatnya terbantut saat melihat wajah serius Tengku Rafael yang tenang duduk di atas katil bersama laptopnya.
Nuri menutup kembali pintu tandas. Tak jadi nak minta tolong mengenangkan sudah tiga hari Tengku Rafael tidak bercakap dengannya sejak peristiwa i...
"Aduh." Nuri terbongkok-bongkok melangkah ke arah sinki. Terkapar-kapar tangan mahu memaut di sinki.
Aduh sakit.
Nuri mendengus kasar. Kalau tak minta tolong Tengku, dia nak minta tolong siapa pula?
Akhirnya Nuri beranikan diri jua untuk meminta bantuan Tengku Rafael. Dia terus melangkah keluar dari tandas dan terbongkok-bongkok melangkah mendekati Tengku Rafael.
"Err. Tengku..." Nuri menarik lembut seluar track yang dipakai Tengku Rafael.
Tengku Rafael angkat kepala. Berkerut dahinya melihat wajah Nuri. Pucat. Bibirnya kering dan pucat sama. Ada peluh dingin memercik di dahi. Lambat-lambat dia tegakkan tubuh dan menanggalkan headphone di kepala.
"Kau... kenapa ni? Okey tak?"
Nuri memaksa sebuah senyuman seraya menayang ibu jari. Tanda okey. Tapi selepas itu menggelabah dia memaut di birai katil semula.
"Err. Tolong saya boleh?" Tanya Nuri. Raut wajah yang cuba dikawal gagal.
Aduh sakit!
"Tolong apa?" Tengku Rafael meletak laptop ke sebelahnya. Berkerut dahi melihat wajah Nuri.
Sakit apa budak ni?
"Belikan saya... errr... Belikan tuala wanita. Boleh?" Tanya Nuri penuh sopan. Malu pun ya sebenarnya.
Terkelip-kelip mata Tengku Rafael mendengarnya.
"Oh. Boleh." Tengku Rafael garu belakang kepala yang tak gatal sebelum dia terus bangun dari katil. T-shirt plain yang tersangkut di kepala katil dicapai laju. Kunci kereta di atas meja solek di capai kasar. Seketika kemudian langkahnya terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh memandang Nuri.
"Nuri. Kau... senggugut?" Tanya Tengku Rafael.
Memerah malu wajah Nuri. Kepala dijatuhkan sebagai balasan.
Tengku Rafael diam.
Oh okey.
"Duduk dalam bilik elok-elok. Jangan mengada nak turun." Selepas meninggalkan pesanan penaja, Tengku Rafael terus melangkah keluar dari bilik.
Mahu ke kedai.
"WHAT the f...." Tengku Rafael ketawa kecil. Perit rasa macam nak menangis pun ya. Terdiam dia berdiri di bahagian tuala wanita itu. Penuh di kiri dan kanannya.
Ya Allah.
Yang mana satu aku nak beli ni? Padanlah perempuan ni complicated semacam.
Telefon dari poket dikeluarkan.
- Nuri aku nak beli yang mana ni.
- Jadah banyak.
- Yang mana satu kau nak?Send. Send dan send!
Ting!
- Cuba Tengku ambil gambar.
Pulak dah. Akhirnya Tengku Rafael patuh. Satu persatu gambar tuala wanita yang berbeza jenama di ambil gambar dan di hantar kepada Nuri.
YOU ARE READING
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Lãng mạn# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun...