🍁 •BAB 14•

59.5K 3.8K 133
                                    

TANGANNYA yang sedang menari di atas kanvas lukisan itu terhenti seketika. Pensil kayu di tangan terus diletak di atas meja.

Dada berdebar-debar menanti berita dari Azam dan Damien. Dia ada meminta dua orang itu agar menghantar lagi sekeping lukisan dengan sejambak bunga rose ke rumah yang sedang di diami Dhiah Nageena.

Tapi sukar benar gadis itu hendak menerima hadiah darinya selama ini. Semuanya dibuang tak pun dia berikan kepada kepada kawannya.

Hmm kerasnya hati kau...

Telefon yang berbunyi nyaring menyedarkannya dari lamunan. Panggilan itu pantas dijawab.

"Hmm. Macam mana?"

"Nampaknya dia beri kepada kawan dia tu lagi." Lapor Damien.

Tengku Rafael terus mengeluh perlahan. Kepala disandar ke belakang. Kena tolak lagi.

"Tak apalah. Aku ada plan baru pada lukisan tu. Kalau perempuan tu bijak, pandailah dia tolong aku nanti."

Tengku Rafael meraup wajah.

Itupun kalaulah.

Tapi, aku kena putus asa ke?

DHIAH NAGEENA mencebik melihat sebuah lukisan dengan sejambak bunga di hadapan keretanya. Tak ada kerja ke apa orang ni?

"Semak je." Dhiah mahu melangkah ke tong sampah. Nak buang hadiah tu. Mesti dari peminat. Tapi Dhiah memang macam tu. Dia tak suka sangat hadiah-hadiah macam ni. Cubalah bagi Balenciaga ke Luis Vuitton ke Hermes baru dia layan. Kalau tak...

Boleh blah!

"Dhiah, apa tu?" Tegur Nuri Nafeesa saat terpandangkan wajah kelat Dhiah bersama barangan di tangannya.

"Oh ya. Kau kan hantu lukisan. Nah! Ambillah." Dhiah menghulurkan frame dengan lukisan di tangannya ke arah Nuri Nafeesa.

Bersinar mata Nuri Nafessa melihat lukisan itu. Oil painting! Cantik! Kerana teruja, tangannya terus menyambut laju huluran itu.

"Cantiknya." Bibirnya tersenyum lebar melihat lukisan itu. Serius cantik.

Dhiah Nageena menggeleng kepala dan julingkan mata. Dia tak faham dengan Nuri Nafeesa. Entah kenapa dia suka sangat dengan lukisan macam ni. Lukisan je pun.

"Eh tapi... ni mesti hadiah dari peminat kau. Takkanlah kau nak bagi... aku?" Nuri Nafeesa tersenyum kelat. Takkanlah dia nak ambil hadiah orang kut.

"Ambil jelah. Kalau kau tak nak, aku buang. Settle." Ujar Dhiah Nageena. Mudah betul orangnya.

"Jangan. Jangan buang. Membazir. Lagipun lukisan ni cantik apa." Nuri Nafeesa kembali tersenyum melihat lukisan di tangannya.

"Whatever. Nah ambil sekali bunga ni." Dhiah Nageena menolak sejambak bunga Rose merah ke dada Nuri Nafeesa.

Terkejut. Terus Nuri Nafeesa mengambil bunga itu.

"Aku pergi dulu." Dhiah Nageena senyum nipis sebelum angkat kaki menjauhi Nuri Nafeesa.

Nuri Nafeesa terpandangkan langkah kaki panjang itu.

"Dhiah!"

Dhiah Nageena yang baru buka pintu kereta terus memandang Nuri Nafeesa apabila gadis itu memanggilnya.

"Kau... tak rasa ke yang dress kau tu... pendek sangat?" Tegur Nuri Nafeesa dengan penuh berhemah. Sebab pemakaian Dhiah Nageena agak seksi. Dress ketat paras peha menayang kaki panjangnya.

Seksi tu. Nak jalan pun tak selesa.

Dhiah Nageena cuma senyum senget.

"This is what we call fashion dear Nuri Nafeesa. Sudah. Aku gerak dulu. Tata!" Dhiah Nageena melambai sedikit tangan ke arah Nuri Nafeesa sebelum memboloskan tubuh ke dalam mini cooper merahnya.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now