PUAN NAZIHA mengelus lembut rambut hitam pekat Nuri. Kasihan anak perempuannya. Risau. Rasa risau juga akan keselamatan Nuri.
Mata Nuri yang terpejam perlahan-lahan terbuka. Tersenyum nipis dia melihat wajah mendung Puan Naziha.
"Umi... Sudahlah tu. Nuri kan tak apa-apa." Ujar Nuri. Dari malam tadi sukar benar Puan Naziha hendak membiarkannya sendirian.
"Nuri risau. Umi telefonkan Rafael ya?"
"Eh. Tak apalah umi. Nuri okey je. Nanti Nuri call abang sendiri ya? Umi jangan risau." Nuri menepuk lembut paha umi. Cuba meyakinkan Puan Naziha bahawa dia tak apa-apa.
"Yalah. Kalau dah Nuri cakap macam tu." Pasrah.
"Nuri?"
Encik Hidayat muncul di pintu bilik Nuri. Nuri terus bangun dari perbaringan.
"Ya Ayah?"
"Ada kawan Nuri datang dari KL tu. Nak jenguk Nuri katanya." Beritahu Encik Hidayat.
Berkerut dahi Nuri.
"Eijaz ke ayah?" Tanya Nuri.
"Eh taklah. Lelaki tu." Ujar Encik Hidayat lagi.
"Oh. Sekejap. Nanti Nuri keluar ya." Nuri terus mengikat rambut. Tudung sarung dicapai dan disarung ke kepala sebelum dia melangkah keluar dari rumah. Berkerut dahinya melihat kereta mewah yang terparkir di perkarangan rumahnya. Seketika kemudian Nuri terkebil-kebil sendiri melihat seorang lelaki yang bersandar di kereta itu.
"Arheo?" Nuri tersenyum seraya melangkah mendekati Arheo.
"Hello my little beachy. Rindu saya tak?" Tanya Arheo.
Nuri ketawa kecil mendengarnya.
"Tak. Awak buat apa kat sini?" Tanya Nuri.
Arheo memuncung sesaat mendengarnya.
"Saja. Dengar cerita awak lari ke Johor. Nuri... Nuri... apa barang lari dalam Malaysia. Nak jauh sikit larilah pergi Sabah ke? Tak pun nak lagi epik, pergilah lari ke luar negara."
Nuri ketawa. Selepas itu mata menjeling tajam wajah selamba Arheo.
"Amboi. Itu perli ke ejek?"
Arheo sengih.
Diam seketika.
"Nuri, kenapa awak lari? Awak masih marahkan Rafael ke?"
Nuri hanya membisu. Tidak membalas soalan Arheo langsung. Entah. Tiada niat mahu membalas soalan itu.
"Kalau awak dah sembuh daripada trauma awak tu, then why didn't you just... forget everything and forgive him?" Ujar Arheo lembut. Bagai mahu memujuk Nuri. Bukannya apa. Risau dengan member kat KL tu. Sumpah serabut hidup dia. Macam hilang anak kucing sahaja gaya.
"Try to sit in my place for five years. Try to be me for that five years. Try to know how to fight that freaking fear of dark in five years. Faham dulu apa perasaan-perasaan itu. Baru awak boleh cakap macam tu. Macam apa yang Tengku pernah cakap dulu. Pandai bercakap tapi kosong. Orang lain tak faham apa yang kita rasa." Ujar Nuri. Serius sahaja gayanya.
Arheo terus berdehem.
"Okay sorry. Saya memang tak faham sebab saya tak pernah lalui semua tu. Jadi saya tak mahu komen lebih. And... don't be so tough. You scared the shit out of me." Seloroh Arheo lagi. Pertama kali kut dia lihat Nuri serius seperti ini.
Ini kalau nak terkencing pun tak jadi.
Nuri kembali tersenyum tahan lucu mendengarnya. Arheo... Arheo... Pandai dia ubah mood Nuri.
YOU ARE READING
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Romance# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun...