🍁 •ONCE UPON A TIME...

127K 5.1K 1.7K
                                    

TUN AMINAH ROYAL ARTS HIGH  SCHOOL

"INILAH budak baru yang dapat tempat pertama tu. Bijak rupanya."

Langkah Tengku Rafael yang berjalan tenang melepasi Haykarl dan gengnya terhenti.

"Aku ingatkan bodoh-bodoh gitu."

"Biasanya yang pakai spek lepastu acah nerd ni bijak pandai lah oii. Tu yang baru pindah tiber dapat jadi student top one."

"Lah ya ke? Kisahnya..."

"Eleh mungkin dia jadi pandai sejak jadi kawan dengan tong sampah. Mungkin dia nak mandi dengan sampah lagi kut."

Selepas itu riuh bunyi ketawa lantang mereka menguasai ruangan kafe. Entah ketawa sebab lawak bodoh apa agaknya.

Tengku Rafael melepas keluhan berat. Dulang makanan di tangan digenggam erat. Ada tawa kecil terlepas dari bibirnya.

"Psst! Psst! Raf. Duduk lah woi!" Bisik Keiran kasar. Rais cuma diam. Dia perasan akan perubahan di wajah Tengku Rafael yang berubah tegang sebelum ada tawa sinis perlahan terlepas dari bibirnya.

Rais yang melihat Tengku Rafael tiba-tiba ketawa sinis automatik rasa kecut perut.

Dah kenapa pula mamat ni...

Tengku Rafael memusingkan tubuh. Langkah diatur tenang ke arah Haykarl dan gengnya.

"Pael!" Rais dan Keiran laju berdiri. Tapi terlambat.

Prang!!!

Tengku Rafael sudah menolak kuat dulang makanan di tangannya menghempuk belakang kepala Haykarl. Kuat. Baju kemeja putih dan sut sekolah biru tua milik Haykarl sudah kotor dicemari makanan tadi.

Keiran perlahan-lahan kembali melabuhkan punggung manakala Rais pula terkelip-kelip mata memandang tingkah berani Tengku Rafael.

Oh uh...













RIUH rendah suasana di bangunan seni apabila berlakunya pergaduhan di tangga kecemasan tingkat dua. Rais dan Keiran garu kepala yang tak gatal. Mereka mahu tarik Tengku Rafael menjauh tapi keadaan tidak mengizinkan. Tengku Rafael dan Haykarl masih bertumbuk sesama sendiri.

Haykarl jangan cakaplah. Sudah ada darah mengalir dari dari hidungnya. Tulang pipi pun sudah membiru. Mata sudah sepet sebelah.

Tengku Rafael pun cedera juga. Kulit di dahinya koyak sedikit. Mengalir darah segar dari situ. Hujung bibirnya koyak sama dan ada darah juga di situ manakala rahang kanannya mula memerah dek terkena tumbukan sesat si Haykarl tadi.

"Bodoh!"

"Kau pergi tandas, kau cakap dengan cermin lah sana!" Lawan Tengku Rafael. Nada suaranya rendah tapi keras. Bagai penuh amarah.

Haykarl angkat sebelah kaki mahu menendang Tengku Rafael tapi Tengku Rafael sempat menolak kaki itu ke tepi sebelum dia melayang lagi tumbukan padu ke tulang pipi Haykarl. Haykarl melayang penumbuk ke arah Tengku Rafael sama. Tapi Tengku Rafael pantas menepis tangan Haykarl sebelum tangan itu ditarik ke arahnya. Lutut naik tepat ke abdomen Haykarl. Selepas itu Haykarl ditolak menjauh darinya. Haykarl perlahan-lahan jatuh terduduk di atas lantai menyentuh perut yang terasa senak angkara Tengku Rafael tadi.

Rais cemas.

Budak berdua ni memang gaduh tak ingat dunia agaknya.

Siapa suruh Haykarl tolak Tengku Rafael dulu. Kan dah mendapat.

Tapi kat kafe tadi, Tengku Rafael yang sengaja hempuk dulang makanan ke belakang kepala Haykarl sampai baju sut sekolah biru tua Haykarl kotor. Boleh jadi juga salah Tengku Rafael.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now