"INI tudung untuk awak." Mella menghulurkan tudung sarung yang dibelinya siang tadi ke arah Nuri Nafeesa. Gadis itu baru sahaja sedar. Namun Nuri Nafeesa masih terbaring lemah di atas katil. Tak larat. Kepalanya terasa berpinar-pinar dan tekak rasa loya.
Nuri Nafeesa perlahan-lahan bangun dari duduknya. Tudung di tangan perlahan-lahan disarung ke kepala. Mata masih terpejam rapat. Kalau buka mata sahaja, mesti dunianya berpusing.
"Tudung siapa ni Mella?" Tanya Nuri Nafeesa perlahan. Tangan mencengkam selimutnya apabila tekak rasa loya.
"Saya beli. Tengku yang minta. Maaflah. Tudung ni je yang saya jumpa. Harga pun murah sahaja." Ujar Mella. Manalah tahu kalau-kalau Nuri Nafeesa bukan jenis yang ngam dengan barang murah macam tu.
Nuri Nafeesa senyum mendengarnya.
"Tak apalah Mella. Janji saya menutup kepala saya ni." Nuri Nafeesa mengurut leher. Rasa nak muntah.
"Siapa hantar saya ke hospital?"
"Nuri rasa?" Mella senyum misteri. Sebelah kening dijongket berkali-kali.
Nuri Nafeesa pandang Mella pelik. Dah kenapa pula dengan Mella ini?
"Tengku Rafael ke?" Tanya Nuri Nafeesa. Sakit tapi wajah pucatnya tetap polos macam biasa.
"Yalah. Awak kan cedera dekat lapangan. Tengku Rafael yang bawa awak ke sini. Tapi kan Tengku macam... Nuri?" Mella yang baru sahaja excited nak bercerita terus diterpa rasa risau saat melihat wajah Nuri Nafeesa yang berpeluh dingin dan berkerut sedikit. Bagai menahan kesakitan pun ya.
"Nuri? Nuri sakit ke? Nak saya panggilkan doktor?" Mella memegang lengan Nuri. Gadis itu menggeleng kepala.
"Tak apa Mella. Saya nak pergi tandas. Nak muntah." Nuri Nafeesa menyelak selimut ke tepi dan kaki mula menyentuh lantai. Sejuk terasa kulit kakinya menyentuh lantai marmar.
"Saya tolong." Mella bangkit dari kerusi. Mahu mendekati Nuri Nafeesa.
Nuri Nafeesa terus mengatur langkah ke tandas di hujung wad peribadi itu. Namun langkahnya terhenti apabila kepala terasa berpinar-pinar. Dunia sekelilingnya bagai ligat berpusing-pusing. Pandangan matanya semakin berbalam-balam. Tiba-tiba kakinya hilang keseimbangan dan tubuhnya mula melayang-layang.
"Nuri."
Mella yang cemas melihat keadaan Nuri Nafeesa tadi terus terkedu melihat susuk tegap yang menyambut tubuh kecil Nuri Nafeesa dari mencium lantai.
"Te... Tengku."
Terkebil-kebil matanya memandang Tengku Rafael.
"Encik... boss?" Nuri Nafeesa terus angkat kepala sebaik sahaja mendengar perkataan yang keluar dari bibir Mella.
Wajahnya terasa berbahang sebaik sahaja matanya berlanggar dengan sepasang mata gelap yang mencerun memandangnya itu. Apatah lagi tangan lelaki itu bukan main elok berlingkar di pinggangnya.
Gulp...
Tangan terus menolak lengan Tengku Rafael menjauhinya. Lega rasa apabila tangan di pinggangnya semakin longgar.
"Kau okey tak ni?" Tengku Rafael pantas mencapai lengan Nuri Nafeesa yang melayang-melayang cuba mengatur langkah itu.
"Saya... Saya nak mun... Bluek!"
Tengku Rafael tergamam di tempatnya apabila baju t-shirt yang dipakainya sudahpun tercemar dengan muntah itu.
Nuri Nafeesa memegang leher yang terasa perit. Mata pula kabur dengan air mata.
Kenapa dengan aku...
"Maaf encik boss. Maaf. Saya tak sengaja..." Nuri Nafeesa merasa serba salah. Apatah lagi melihatkan tampang wajah tergamam Tengku Rafael ketika itu.
YOU ARE READING
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Storie d'amore# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun...