🍁 •BAB 29•

76.1K 4.2K 535
                                    

NURI NAFEESA memandang pelik ke arah Tengku Rafael yang tenang menunggunya di ruang tamu. Tadi Tengku Rafael ada memintanya agar bersiap-siap. Musykil juga namun Nuri ikutkan sahaja.

Tengku Rafael angkat kepala apabila tersedar akan Nuri Nafeesa yang tercongok di tangga. Tangannya diangkat. Menggamit gadis itu agar mendekatinya.

Nuri Nafeesa akur. Langkah diatur kemas mendekati Tengku Rafael di ruang tamu.

"Kita nak pergi mana? Tengku tak kerja ke hari ni?" Tanya Nuri Nafeesa. Baju kurung cotton bunga-bunga hitam itu dibetulkan sedikit.

"Kau dah siap?" Tanya Tengku Rafael.

Nuri jatuhkan kepala. Tanda ya.

"Jom." Ajak Tengku Rafael.

Nuri Nafeesa menggeleng perlahan. Bukannya nak jawab soalan aku.

Tangan pantas mencapai beg kecilnya dan langkah kaki panjang Tengku Rafael diekori.

Selamba sahaja Tengku Rafael masuk ke dalam keretanya. Meninggalkan Nuri Nafeesa yang terkocoh-kocoh sendiri.

Nuri Nafeesa berlari-lari anak ke arah kereta dan memboloskan tubuh ke dalamnya.

Diam. Sunyi sepi sahaja sepanjang pemanduannya. Tengku Rafael langsung tak buka radio. Membuatkan suasana terasa semakin kaku.

Nuri Nafeesa rasa nak je buka radio tapi dia tahan. Kereta ini bukan kereta dia. Dahlah kereta mahal. Karang salah tekan button, mati aku.

"Tengku. Kita nak pergi mana ni sebenarnya?" Tanya Nuri Nafeesa. Rasa ingin tahu dan sekadar mahu membuatkan suasana kurang sunyi-sepi.

"Aku nak bawa kau pergi kerja. Dah lama kau tak datang kerja."

Terus berkerut wajah Nuri Nafeesa.

"Kerja? Tak naklah saya. Saya nak balik." Ujar Nuri Nafeesa perlahan.

"No. Kau kena kerja." Ucap Tengku Rafael. Ringkas dan tegas.

"Kenapa pula saya kena kerja? Saya dah beri Tengku resignation letter kan?"

Diam.

Tengku Rafael buat bodoh sahaja.

"Saya nak balik."

Diam lagi.

"Kalau tak saya terjun." Ugut Nuri Nafeesa.

Tengku Rafael senyum sinis. Macamlah berani.

Nuri Nafeesa terus menanggalkan tali pinggang keledar di tubuh dan berura-ura mahu membuka pintu kereta.

Tengku Rafael pantas mencapai tangan Nuri Nafeesa. Menghalang gadis itu daripada bertindak gila terjun dari kereta.

Nuri Nafeesa terdiam saat tangan hangat itu melingkar kemas di pergelangan tangannya.

Tengku Rafael memusingkan stereng tiba-tiba. Memberhentikan kereta di bahu jalan.

Nuri Nafeesa terus mengecilkan tubuh di tempatnya saat mata Tengku Rafael menikam wajahnya. Bagai pemangsa yang bersedia mahu meragut nyawa mangsanya. Tajam.

"Duduk diam-diam Nuri Nafeesa! Aku nak kau ikut aku pergi kerja sebab aku tak nak tinggalkan kau seorang diri. Mulai hari ni, kau akan ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Muktamad!" Tegas Tengku Rafael berkata.

Dia ada bertanyakan kepada kawan baiknya Dr. Adham tentang apa yang dia perlu lakukan. Ya. Dia risau akan Nuri Nafeesa. Bimbang jika Nuri Nafeesa bertindak di luar kawalan lagi. Menurut Adham, buat sementara ini Tengku Rafael perlu sentiasa mengawasi Nuri Nafeesa. Bermaksud Nuri Nafeesa perlu sentiasa berada di bawah pengawasan Tengku Rafael. Oleh sebab itulah Tengku Rafael mahu Nuri Nafeesa bekerja semula dengannya.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now