🍁 •BAB 69•

91.3K 4.3K 478
                                    

"LOOK who's here on the phone. Hello your highness? Mind if i take your time. Oops sorry. I mean, mind if i take your pretty little wifey?" Ejek Azam.

"Put your hands on her and i kill you. I freaking swear i'll kill you!" Perlahan dan keras suara garau itu memberi ugutan.

Pecah tawa Azam.

"Jangan marah na. I'm just borrowing your little wifey for our deal purposes. Just that."

"Kau merepek apa setan? Kau lepaskan isteri aku. Kalau kau cederakan dia, kalau aku jumpa satu calar sekalipun pada badan dia, kau memang arwah." Ujar suara di corong telefon. Perlahan tapi penuh amarah.

"Tenang. Like i said just now. For our deal purposes."

"Deal purposes your foot!"

"Aku boleh lepaskan dia. Tapi, aku nak kau mati dulu. So in conclusion, i want to kill you. In a very first place..." Azam ketawa jahat selepas itu.

"But if you hurt her, i will kill you before you do."

Titt... Tit... Tit...

Azam memandang lama skrin telefon Nuri yang sudah gelap itu. Perlahan-lahan bibirnya menyeringai lebar.

"We shall wait and see..."

Azam mencampak telefon bimbit nipis itu ke belakang. Selamba sahaja gayanya. Bunyi telefon itu pecah dilanggar laju satu lori membuatkan Azam menutup mulut dengam sebelah tangan.

"Pity you little phone. Thank you Mr. Lorry!" Azam melambai ke arah lori ais yang sudah laju menjauh. Seketika kemudian Azam tunduk memandang Nuri yang lemah tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.

"Gotcha baby!"

Excited gila.










SEMUA anak buah Tengku Rafael diam berdiri tegak di halaman rumah megah itu. Menunduk mereka melihat Tengku Rafael yang ke hulu hilir berjalan di hadapan mereka. Tengku Rafael sedang menyinga. Automatik semua menikus. Takut kena baham dek bapak singa.

"Kenapa tak ada seorang manusia pun yang ikut isteri aku? Aku bayar gaji, seorang demi seorang, tapi seekor pun tak reti nak buat kerja ke?" Tanya Tengku Rafael tenang. Tapi nada suaranya bergetar sikit. Cukup memberitahu amarah yang tersembunyi di dada. Tunggu masa untuk meletus sahaja.

"Tapi Ashraf beritahu, kalau Damien ada untuk ikut Cik Puan, kami... dah tak perlu..." Lelaki yang sedang menjawab itu terus tertunduk memandang lantai semula saat langkah Tengku Rafael terhenti di hadapannya.

"Ashraf mana? Dia ada ke kat sini?"

"Tak ada Tuan Muda."

"Arahan seterusnya yang kau patut terima adalah daripada siapa? Aku. Atau Ashraf?" Tanya Tengku Rafael lagi. Perlahan. Tapi cukup buatkan lapan manusia dia hadapannya hanya diam menunduk memandang lantai.

"Daripada Tuan." Balas anak-anak buah Tengku Rafael perlahan.

Tengku Rafael angkat sebelah tangan dan dilayang perlahan ke pipi lelaki di hadapannya. Tapi tingkahnya terhenti saat lelaki itu tersentak kecil. Bagai mahu mengelak darinya.

Tengku Rafael senyum nipis. Tangannya kemudian jatuh menepuk perlahan bahu lelaki itu.

Lelaki itu hanya membatu. Air liur ditelan melepasi kerongkong.

Tengku Rafael mencengkam erat sut di tangan. Rahang diketap sebelum langkahnya disambung. Ke hulu dan ke hilir. Nak duduk pun punggung rasa tak berselera.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now