🍁 •BAB 25•

74.6K 3.9K 320
                                    

NURI NAFEESA melabuhkan punggung di kerusi island table. Tersenyum nipis dia saat Puan May, ketua pembantu menegurnya ramah.

"Puan muda dah sihat? Tengku Rafael cakap yang Puan muda tak sihat pagi tadi." Ujar Puan May bersama senyuman di bibirnya.

Nuri Nafeesa senyum perit sebelum menjatuhkan kepala.

"Saya dah okey dah. Janganlah panggil saya Puan muda. Saya tak selesa." Kata Nuri Nafeesa sebelum membetulkan duduknya.

"Habis tu, nak panggil apa? Janganlah macam tu. Puan pun majikan saya juga." Wanita yang berumur dalam lingkungan separuh abad itu ketawa kecil.

"Panggil je Nuri. Laaagi saya selesa." Ujar Nuri Nafeesa. Sedikit ceria riak wajahnya.

"Baiklah. Nuri nak makan bubur? Saya ada buat bubur ayam sebab Nuri kan tak sihat. Sekejap ya." Wanita itu terus berjalan ke dapur. Lama dia menghilang sebelum muncul semula dengan semangkuk bubur ayam yang masih berasap. Masih panas.

"Ini bubur ayam spesial untuk menantu pertama dalam keluarga Tengku. Jemput makan."

"Puan masak untuk saya ke? Buat susahkan Puan je." Nuri Nafeesa rasa kekok pula dengan layanan yang dia terima dari tadi. Dari pengawal sehinggalah pembantu rumah. Semuanya layan dia macam puteri.

"Mana ada susah. Kami memang dah sedia maklum yang kalau ada ahli keluarga Tengku sakit, kami memang akan buat bubur. Cik Puan Raja Khaleeda pun agak tegas orangnya. Jadi kami memang dah biasa dah." Terang Puan May sambil menyusun pinggan ke dalam kabinet.

"Ooo. Emm macam kosong je rumah ni mak. Mana semua orang?" Tanya Nuri Nafeesa sebelum mencapai sudu di sebelah mangkuk bubur itu.

"Tengku Rafee dan isteri dia pergi Yayasan Kasih. Kalau mereka pergi Johor, mereka mesti pergi melawat rumah kebajikan tu."

"Oh. Saya tak tahu pula yang keluarga Tengku Rafael ada Villa di Johor." Nuri Nafeesa berkata. Ya. Ini baru di Johor. Entah ada berapa lagi agaknya rumah keluarga Tengku ni..

"Biasalah tu Nuri. Keluarga Tengku memang ada banyak Villa. Biasanya, Villa ini disediakan untuk tetamu-tetamu ataupun saudara mara keluarga Tengku." Terang Puan May lagi.

Nuri Nafeesa mengangguk kepala sebelum tunduk memandang bubur di hadapan mata. Bubur itu kelihatan benar-benar menyelerakan. Namun malangnya dia tiada selera.

Hmm.

Dia benar-benar tertekan kerana cuba mengingat apa yang terjadi ketika peristiwa itu.

Tapi hampa. Kosong. Tak ingat. Yang dia ingat cumalah suara garau yang menakutkan itu. Nuri Nafeesa rasa menggeletar tiba-tiba. Terlepas sudu dari tangannya.

Nuri Nafeesa terus gigit bibir bawah. Jangan ingat lagi Nuri.

Jangan!

Tersentak dia apabila ada tangan tiba-tiba muncul dari sisi pinggangnya. Mengeras terus tubuhnya melihat tangan itu mengambil sudu di tepi mangkuknya.

"Kenapa tak makan?" Soal Tengku Rafael sebelum duduk di sebelahnya. Diam. Nuri Nafeesa hanya tunduk memandang lelaki itu dengan ekor mata sebelum menunduk.

Tengku Rafael menjeling Nuri Nafeesa dengan hujung mata. Kemudian tangan dipanjangkan menarik mangkuk bubur itu ke arahnya.

Sunyi. Hanya tangan Tengku Rafael sahaja yang mula menyudu bubur ayam itu.

Tengku Rafael meniup sedikit sesudu bubur ayam tadi sebelum sudu itu di sua ke arah Nuri Nafeesa. Terkebil-kebil mata bulat Nuri memandang lelaki itu.

"Nak ke tak nak?" Tanya suara lelaki itu. Mendatar.

Belum sempat Nuri Nafeesa hendak membalas, lelaki itu lebih pantas memusingkan kerusi yang didudukinya menghadap lelaki itu sebelum kerusinya terdorong sedikit ke hadapan. Menariknya merapat.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now