NURI NAFEESA berlari-lari anak sebaik sahaja mendengar bunyi perlanggaran yang kuat itu. Dia merapati seorang remaja lelaki yang sudah jatuh dari motorsikalnya.
"Ya Allah! Adik tak apa-apa?" Tanya satu suara.
Nuri terus merapati motorsikal yang terbaring di atas jalan. Penuh berhati-hati dia mengangkat motorsikal itu agar berdiri semula.
Bukkk!
"Allah!"
Namun tiba-tiba ada seseorang merempuhnya kuat sehingga dia mahu terjatuh ke hadapan. Mujur ada tangan mencengkam lembut beg laptopnya. Menariknya agar tidak menyembah bumi.
Fuh. Nasib baik!
"Maaf cik. Maaf. Biar saya tolong."
"Ok." Nuri terus membiarkan lelaki itu mengangkat motorsikal tadi. Tanpa sempat menoleh ke arah lelaki itu, Nuri terus mendekati remaja lelaki yang kemalangan tadi.
Nasib baik remaja itu cuma luka-luka calar sedikit.
Nuri tersedar dari lena. Baru dia teringat akan lelaki yang membantunya semalam.
Lelaki itu?
Lelaki itu!
Serta merta Nuri rasa menyesal. Kenapa dia tak lihat wajah lelaki itu?
Ya Allah!
Nuri meraup wajah.
Rasa kesal dengan dirinya sendiri.
"Nuri?" Serentak itu terasa ada sentuhan lembut di bahunya.
Tersentak Nuri saat tangan hangat itu menyentuh bahu. Bagai mahu pecah rasa di dada.
Terkejut.
Sekeliling ruang bilik yang gelap membuatkan nafas Nuri semakin laju. Naik turun dadanya ketika itu.
"Nuri. Shh it's okay. Ini aku Nuri."
Nuri terdiam saat ada tangan melingkar di tubuhnya. Kemas dan hangat.
Suara itu. Dia kenal suara itu.
Tengku Rafael.
Nuri kembali memejam mata. Masih rasa mengantuk.
"Tidurlah Nuri. Kau ada aku."
Bisikan hangat itu bagai mendodoi Nuri agar kembali lena.
Dan Nuri terlena jua.
NURI NAFEESA tenang duduk di penjuru kafe. Sesekali dia menyedut air ice chocolate di hadapannya sebelum dia kembali menyudu potongan kek itu ke dalam mulut.
Nuri tersenyum nipis.
Jelas terbukti bahawa perempuan kalau stress memang suka makan benda manis.
Senyuman di bibir Nuri mati. Sejak beberapa hari ini, Tengku Rafael langsung tak mahu bercakap dengannya. Sesekali Tengku Rafael berborak serius dengan Caspian.
Ya. Lelaki asing yang asyik memakai topi dan baju serba hitam itu namanya Caspian. Caspian Hugo.
Caspian kata dia sepupu Tengku Rafael. Mula-mula rasa pelik kerana Caspian bukan islam. Tapi kemudian Caspian cerita tentang ibunya yang berpindah ke Malaysia selepas bercerai dengan ayahnya. Ibunya kemudian masuk agama islam dan satu tahun kemudian berkahwin dengan Tengku Raizil. Pakcik bongsu Tengku Rafael. Dia tinggal dengan ayahnya di UK. Ketika berumur tujuh belas tahun, ayahnya meninggal dan dia diambil semula oleh ibunya.
Caspian juga ada beritahu yang ibunya tak memaksa dia untuk masuk islam kerana tahu Caspian seorang yang tak suka dipaksa. Kalau dipaksa, dia boleh memberontak. Jadi ibunya hanya berdoa sahaja semoga ada hidayah Tuhan untuknya. Jika ada hidayah Tuhan untuknya, maka adalah.
YOU ARE READING
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Romance# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun...