🍁 •BAB 42•

90.7K 4.5K 1K
                                    

"WAH bestnya!!!" Erin terus berlari-lari di tepi pantai bagai kanak-kanak ribena. Seronok benar gayanya.

Nuri, Safia, Fathia dan Miss Young menggeleng kepala melihatnya. Selepas berehat di dalam bilik penginapan mereka tadi, mereka buat keputusan mahu ambil angin di tepi pantai. Pengunjung-pengunjung lain juga dilihat sedang bersenang-senang di tepi pantai. Ada yang berkelah dan sebagainya.

Angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai seperti menampar lembut kulit wajah Nuri. Sejuk dan tenang.

"Weh tengok tu." Panggilan Safia membuatkan semua memandang ke arah yang di tunjuknya. Nuri turut menoleh sama.

Oh. Tengku Rafael.

Kenapa dengan dia?

"Pertama kali aku tengok Tengku pakai baju santai macam tu. Handsome gila." Puji Safia.

"Haah. Saya pun duk usyar dari tadi."

Nuri buat muka.

Eww...

"Biasa je." Potong Nuri walaupun hakikatnya dia akui yang Tengku Rafael nampak handsome dengan pakaiannya tu. Simple dengan seluar tracksuit hitam dan baju loose t-shirt tanpa lengan warna putih.

Yeah. He is handsome.

"Elele yelah tu Nuri. Tapi bila saya fikir balik kan, awak dengan Tengku pakai sedondon lah hari ni." Usik Erin.

Nuri terus tunduk memandang bajunya. Baju putih dan seluar warna hitam.

Erk.

"Eleh kebetulan je tu. Memandai je awak ni Erin." Nuri sengih sahaja.

Bukkk!!!

Dunia Nuri terasa gelap seketika apabila ada sesuatu melanggar kuat sisi kepalanya. Nuri jatuh terjelepuk di atas pasir.

Aduh.

"Ya Allah Nuri!" Erin dan Safia pantas membantu Nuri agar bangun dari duduknya.

Nuri memuncung memegang kepala yang terasa sakit dek kerana ciuman manja dari bola tampar pantai yang entah dari mana tu.

Lain kali main bola tampar tu kasi spike betul-betul boleh tak!

"Eh sorry dik. Sorry."

Nuri terus memusingkan kepala saat mendengar nama itu. Membulat matanya melihat lelaki itu.

Lelaki itu terkejut namun dia terus ketawa.

"Lah. Patutlah aku tengok kenitnya macam kenal. Nuri rupanya." Ujar suara itu sebelum menyambung sisa ketawa.

Nuri terus menjeling lelaki itu. Tajam.

"Sakit tahu tak! Reti main bola tampar ke tidak?" Bidas Nuri.

"Eh hello. Ini Haykarl. Mestilah aku tahu main bola tampar. Ni member aku yang salah aim. Bukan aku." Lawan lelaki itu.

Nuri mencebik. Yelah tu.

"Mana kak Hani?" Tanya Nuri. Mata sudah meliar mencari Hani. Adik Haykarl.

"Dia tak ikutlah. Ini aktiviti parti bujang. Dia mana boleh ikut."

"Eleh. Dulu Nuri dengan kak Hani main pondok-pondok awak boleh pula ikut. Kenapa party awak kak Hani tak boleh datang?" Nuri menjeling Haykarl tajam. Walaupun Hani tua setahun dari dia, tapi dia tetap selesa memanggil Hani dengan panggilan kakak. Sebab itulah dia boleh berjumpa dan berkawan dengan Dhiah sebab Dhiah kawan Hani. Tapi disebabkan dia boleh get along dengan Dhiah, jadi tak perlulah dia panggil Dhiah dengan panggilan kak.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now