NURI NAFEESA memukul kuat tangan yang mencengkam kuat lehernya. Saluran pernafasannya terasa semakin sempit. Membuatkan Nuri mula mencari nafas yang hampir hilang.
Sakit.
Air mata Nuri mengalir setitis. Tubuh dan lututnya terasa semakin lemah dan tidak berdaya.
Abang...
"Azam? Oh Azam?"
Suara Damien yang memanggil membuatkan Azam menolak kasar Nuri sebelum cengkaman di leher itu dileraikan.
Kaki terasa lemah. Perlahan-lahan Nuri jatuh terduduk di atas lantai. Menggigil tangannya menyentuh leher yang terasa sakit. Terbatuk-batuk Nuri mencari semula nafasnya yang hilang tadi.
Nuri mengecilkan tubuh menjauhi Azam.
"Cik Puan? Cik Puan tak apa-apa?" Azam merapati Nuri. Wajahnya bagai cemas.
He deserve Oscar awards for that acting. His personality sure change so easy.
"Cik Puan? Kenapa ni?" Damien muncul. Laju dia mendekati Nuri Nafeesa yang terduduk di atas lantai. Sempat dia menolak Azam ke tepi sebelum menjatuhkan sebelah lutut di hadapan Nuri.
"Cik Puan? Muka cik Puan pucat? Kenapa?" Tanya Damien.
Nuri menyeka airmata di pipi dan memaksa sebuah senyuman.
"Tak. Saya tak apa-apa. Saya... terjatuh tadi." Nuri perlahan-lahan bangun dari duduknya. Lutut terasa lemah. Nuri tak mahu angkat kepala. Tak mahu melihat Azam kerana cukup dari ekor mata dia tahu lelaki itu masih memandangnya.
Nuri telan liur. Bibir menarik senyum. Paksa.
"Ini saya dah bancuhkan air. Ada makanan sekali. Nanti awak bawa keluar ya Damien." Nuri senyum. Tangannya yang masih menggigil menolak perlahan dulang di atas island table ke arah.
"Oh. Baik Cik Puan. Terima Kasih." Damien senyum sama.
"Saya naik dulu ya." Nuri minta diri. Selepas itu laju langkahnya keluar dari dapur. Nuri terus melangkah. Terus melangkah sehinggalah sampai ke bilik. Nuri terus mengunci pintu bilik.
Ya Allah!
Nuri mengundur menjauhi pintu sebelum dia terduduk bersandar di tepi katil. Diam. Nuri mendiamkan diri. Rasa tak selamat.
Macam mana Azam boleh jadi orang yang berbeza?
Macam mana...
Nuri menyentuh lehernya sebelum dia menarik lutut dan dibawa ke dada.
Diam.
Pintu tandas yang terkuak tiba-tiba itu membuatkan Nuri tersentak. Laju dia mendongak. Lega rasa saat pandangannya berlanggar dengan pandangan Tengku Rafael.
Nuri senyum.
"Abang. Abang mandi?" Tanya Nuri bersama senyuman. Lega Tengku Rafael ada bersamanya.
Tengku Rafael diam. Namun matanya sudah tajam memandang wajah Nuri. Lama. Langkah diatur merapati Nuri sebelum dia jatuhkan sebelah lutut di hadapan Nuri.
"Nuri? Kenapa ni?" Tengku Rafael menyentuh lembut pipi Nuri.
Nuri diam. Senyumannya terus mati.
Tengku Rafael menyelitkan tangan di ketiak Nuri sebelum tubuh itu diangkat dan didudukkan di birai katil. Tubuh yang hanya bertuala itu membongkok sedikit. Tangannya menekup pipi Nuri.
Nuri senyum. Sekurang-kurangnya rasa takut tadi berkurangan melihat riak wajah Tengku Rafael yang risau akannya ketika itu.
"Tak ada apa-apa, abang." Nuri senyum lagi sebelum dia bertindak memeluk leher Tengku Rafael. Erat.
YOU ARE READING
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Romantizm# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun...