KANAK-KANAK perempuan itu dapat rasakan ada tangan menarik tangannya. Menahan dia dari terus berguling sehingga ke tanah rata. Matanya membulat. Dia dapat melihat ada satu batu besar di bawah sana dan dia masih berguling walaupun sedaya upaya cuba hentikan dirinya.
Gagal.
Ketika itu tangannya terasa ditarik kasar sebelum ada sesuatu melanggar tubuhnya.
Bukkk!!!
"Argh!!!"
Kanak-kanak perempuan tadi terus angkat kepala. Tanpa amaran, dia terus menangis melihat budak lelaki itu menekap luka di hujung keningnya. Sedikit koyak dan ada darah di situ.
"Huwaaa umi!"
Budak lelaki itu julingkan mata.
"Diamlah. Bising betul kau ni!"
Kanak-kanak perempuan itu terus terdiam. Tapi bahu sudah terhinjut-hinjut bersama sedu sedan yang mula memberat.
"Ada darah."
Budak lelaki itu perlahan-lahan duduk. Tangan menyentuh luka di hujung keningnya. Darah di situ mula mengalir dari luka.
"Abang darah. Saya ada tuala." Kanak-kanak perempuan itu menyeluk poket. Mengeluarkan tuala comel dengan gambar puteri-puteri Disney dari poketnya.
"Ini abang ambil lah. Lap darah abang tu." Kanak-kanak perempuan itu mengelap airmata yang masih bersisa di pipinya. Tangan menghulurkan tuala napkin kepada budak lelaki itu.
Budak lelaki itu menolak tangan kecil itu menjauh.
"Tak perlu nak sibuk dengan aku. Tu lutut kau berdarah." Ujar budak lelaki itu kasar.
Kanak-kanak perempuan itu terus tunduk. Tersebek-sebek bibirnya melihat seluar di lututnya koyak. Ada luka yang memerah di situ.
"Umi..."
Urgh menangis lagi.
"Diam boleh tak? Ini semua kau punya pasal!" Marah budak lelaki itu. Laju dia bangun dan cuba memanjat bukit itu. Gagal. Tanah di bukit itu agak licin.
Cis!
Kanak-kanak perempuan itu diam. Seketika kemudian dia terasa bagai diperhatikan. Perlahan-lahan dia menoleh. Membulat matanya.
"Abang..." Tangan kecilnya menarik baju budak lelaki tadi. Budak lelaki itu mendecit geram.
"Nak apa?!" Budak lelaki itu memandang pelik kanak-kanak perempuan yang sudah terkaku memandang ke satu arah. Lambat-lambat dia menoleh memandang ke arah yang sama.
Dan tubuh budak lelaki itu turut mengeras melihat dua binatang dengan taring yang tajam itu.
Babi hutan?
Serius?!
"Abang. Ba Alif ba ya." Bisik suara itu. Mata bulat itu bagai kagum melihat makhluk itu. Pertama kali lihat khinzir depan-depan. Tapi menyeramkan.
"Tahu. Diam."
"Abang. Ba alif ba ya ada gading ke?" Tanya suara itu. Ingin tahu.
"Itu taringlah." Bisik dia sama.
Gading apabendanya. Adui.
"Ba Alif ba ya tak ada bisa kan?" Tanya kanak-kanak perempuan itu.
"Dia menyondol orang. Bukannya gigit." Geram. Banyak betul tanya. Tak tahu aku duk nak terkucil bertentang mata dengan khinzir tu.
"Sondol. Maksudnya dia kejar kita ya abang?" Bisik suara itu lagi.
"Ya. Pastu dia sondol kau dengan taring tajam dia tu."
YOU ARE READING
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Romansa# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun...