🍁 •BAB 5•

65.8K 3.9K 357
                                    

"HELLO sleeping beauty. Done with your beauty sleep?"

Suasana bilik meeting itu hening seketika. Nuri mengundur sedikit apabila perasan yang lutut mereka bersentuhan sedikit.

Dia!

"Tengku Rafael ke?" Nuri menyengetkan sedikit kepalanya. Mengamati wajah lelaki itu.

Tengku Rafael Luth buat muka. Kakinya naik di tepi kerusi yang diduduki Nuri Nafeesa dan kerusi itu terus ditolak menjauhinya.

Oh mak kau!

Terkejut Nuri. Erat tangannya memegang kerusi yang didudukinya. Kerusi itu bergerak laju ke belakang sebelum terhenti kerana dihalang dinding. Fuh!Nasib tak jatuh kau!

Terkebil-kebil mata bulat Nuri Nafeesa memandang lelaki itu. Agak-agak lah boss. Tolak tak boleh nak sopan sikit ke?

Ada dia tolak aku guna kaki macam tu?!

Tapi cool apa.

Eh?

"Aku suruh kau tunggu. Aku tak suruh kau tidur. You've gave me bad impression towards you, Nuri Nafeesa. You what? Sleepyhead?" Tengku Rafael membuka baju sut royal bluenya. Tali leher biru gelap dilonggarkan sedikit.

Nuri diam memerhati setiap tingkah lelaki itu sebelum matanya buat-buat pandang lantai apabila mata gelap itu kembali memandangnya. Fuh. Nasib tak kantoi duk usyar pakwe orang!

"Tak Tengku... Err boss? Bukan... encik... Ouh what should i call you, Tengku?" Tanya Nuri sebelum duduknya ditegakkan.

"Whatever you wants, sleepyhead." Nuri senyum nipis mendengarnya. Tapi dalam hati dah berasap mendengar 'nickname' yang diberikan oleh Tengku Rafael Luth.

"Encik? Boss? Hmm. Encik boss! Okey maaf. First of all, saya bukan kaki tidur ya. Saya tertidur sebab bilik meeting ni sejuk sangat. Maaf sebab saya tertidur. Tapi Tengku yang lambat."

'Suruh orang punctual tapi dia yang tak punctual.'

"Pordon me, kau cakap apa tadi?" Kecil mata Tengku Rafael memandang gadis itu.

Nuri terus tersengih.

"Maaf. Maksud saya bukan macam tu. Maksud saya... Encik boss yang terlewat." Nuri Nafeesa masih tersenyum. Menayang barisan gigi putih bersihnya.

"Aku tak lewat. Aku ada je tadi. Kau yang sedap tidur mati. Mana nak sedar." Kutuk Tengku Rafael.

"Tapi Encik boss, sekarang dah pukul sepuluh lebih. Encik boss kata pukul sembilan sharp?" Nuri Nafeesa berkata lagi. Dengan jari-jari diangkat menunjukkan betapa 'cepatnya' Tengku Rafael sampai. Pfft!

Diam. Dalam mata gelap itu merenungnya sampai dia naik malu. Nuri Nafeesa menyengih janggal. Haraplah lelaki tu tak nampak jerawat kecil sesat dekat bawah bibir aku. Malu woo!

Tengku Rafael menjuihkan bibirnya ke arah sesuatu yang melekat di siling.

Lambat-lambat Nuri angkat kepala. Memandang objek hitam itu. Kamera lita tertutup CCTV? Okey. Dia nak cakap yang benda tu ajak aku kapel ke macam mana?

"I've watched you two all the time. Macamlah aku tak tahu kau berdua datang pukul berapa tadi." Tengku Rafael masih dengan mukanya yang super duper kerek 2.0.

Nuri Nafeesa terus tersenyum macam kerang busuk.

"Alah. Saya lambat lima minit je. Itupun sebab lif lambat tadi encik boss."

"Bla... Bla... Bla... Alasan... Alasan... Alasan! Itulah perempuan. Banyak sangat alasan. Hidup tak bahagia agaknya." Komen Tengku Rafael sebelum meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now