🍁 •BAB 58•

99.8K 4.4K 1.3K
                                    

"ISH jangan ikut akulah! Kau ni kan. Sebab tu lah aku benci ada adik. Menyemak tahu." Marah budak lelaki itu. Tajam dia menjeling budak perempuan dengan beg comelnya itu. Ada satu patung besar di beg kecilnya. Biasalah. Beg budak-budak.

"Alaa. Saya nak ikut abang jalan-jalan. Abang hebat. Abang selamatkan saya." Kanak-kanak perempuan itu tersenyum ceria bersama mata bulatnya yang cantik berwarna karamel.

Budak lelaki itu julingkan mata dan terus membelakangi kanak-kanak perempuan yang duk ikut dia dari tadi.

"Umur abang berapa?" Tanya kanak-kanak perempuan itu.

"Lapan tambah satu tambah tiga, lepastu tolak dengan empat tolak lima tolak dua tolak satu. Pastu tambah dengan dua belas. Itulah umur aku." Budak lelaki itu mencangkung di sebelah sungai. Tangan menadah air sungai dan dibawa mencuci wajah.

Kanak-kanak perempuan itu terus melabuhkan punggung di sebelah budak lelaki tadi. Jari jemarinya yang pendek dan gemuk sudah duk mengira. Khusyuk gaya dia mengira.

Budak lelaki itu menggeleng sahaja. Adoiyai budak! Mengira pun lambat.

"Oh. Umur abang dua belas ya!" Gembira dia kerana dapat juga kira. Dia memang seperti itu. Terlalu ramah dan senang buat kawan. Sebab itu umi kadang takut nak bagi dia keluar. Karang dengan siapa-siapa je dia ikut nanti. Terlalu ramah sangat.

"Umur saya err..." Diam seketika.

Budak lelaki itu memandang malas kanak-kanak perempuan itu. Entah apa agaknya dia fikir.

"Umur saya lima tambah empat, lepastu tolak dengan empat dan lima. Lepastu tambah sembilan." Ceria. Siap menyeringai lagi budak itu berkata.

Bibir budak lelaki itu terjongket sedikit.

"Memandailah kau. Dah pergi balik sana. Shuh!" Halau budak lelaki itu.

"Eh abang nak pergi mana. Saya nak ikut." Kanak-kanak perempuan tadi bangun dan mengejar langkah budak lelaki itu.

"Nampak tak bukit kecil sana. Aku nak panjat bukit tu. Kau tu budak. Pergilah balik sana." Ujar budak lelaki itu kasar.

"Alaaa nak ikut juga."

"Eii kau ni. Sibuk je!"












TENGKU RAFAEL yang menuruni anak tangga terkaku sesaat apabila melihat Nuri yang diam duduk di hadapan televisyen. Wajahnya penuh dengan riak kerisauan. Kedua-dua tangan sudah meramas sesama sendiri.

Perlahan-lahan Tengku Rafael mendekati Nuri.

"Kami cuba menghubungi pihak Dhiah Nageena untuk mengetahui berita seterusnya apabila pengurusnya mengeluarkan kenyataan bahawa Dhiah Nageena membatalkan kenyataan bahawa dia akan menjadi isteri kepada usahawan muda..."

Berkerut dahi Tengku Rafael mendengar suara dari kaca televisyen. Apakah?

Tengku Rafael terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan menelefon nombor seseorang.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Ya Tengku? Ada apa?"

"Daiyan. Kau buat apa?" Tanya Tengku Rafael.

"Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Dhiah di laman Instagramnya sendiri, Dhiah sudahpun tidak mempunyai sebarang hubungan dengan usahawan tersebut. Malah Dhiah tak pernah ada apa-apa hubungan yang serius serta mereka rapat dan berkenalan hanya sekadar rakan lama sahaja memandangkan usahawan tersebut merupakan bekas pelajar dari sekolah yang sama dengan Dhiah. Lelaki tersebut juga sudah berkahwin dan mendirikan rumahtangga. Jadi pihak Dhiah meminta agar semua wartawan menghentikan  sebarang artikel dan cerita palsu mengenai dia dan usahawan tersebut. Walau bagaimanapun, pengurus Dhiah menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian. Namun setakat ini, tiada apa-apa penjelasan dari pelakon wanita popular berusia 24 tahun itu sendiri dan Dhiah masih terus mendiamkan diri..."

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now