🍁 •BAB 55•

113K 4.7K 1.1K
                                    

NURI bangun dari tidurnya yang terasa sungguh nyenyak. Sebenarnya dia malas nak bangun sebab selesa sangat. Tetapi tak boleh sambung tidur lagi. Karang tak sedar. Solat subuh pun ke laut.

"Nuri."

Nuri yang sedang mengeliat terus buka mata. Mata yang masih terasa berat tadi membulat melihat Tengku Rafael yang tegak berdiri di sebelahnya dengan hanya tuala melilit longgar di pinggangnya.

Ya Allah!

Dahlah buruk muka aku masa menguap tadi.

Tengku Rafael merapati Nuri. Bahu kemeja yang terjatuh dari bahu itu ditarik naik semula menutup bahu Nuri.

"Bangun. Pergi mandi. Kau lambat aku solat sendiri." Tengku Rafael terus berlalu selepas itu.

"Eh? Sekejap Tengku. Saya nak mandi dulu!" Laju Nuri berlalu ke bilik air selepas itu.




NURI yang sedang terlena terus tersedar saat ada pergerakan di sebelahnya. Nuri bangun dari perbaringan dan menoleh memandang Tengku Rafael yang berbaring di sebelah. Lena dalam tidurnya.

Nuri lupa yang Tengku Rafael tertidur selepas solat subuh tadi. Nuri bosan. Akhirnya dia pun terlena sama.

Nuri menekap belakang tangan di dahi Tengku Rafael dan kemudian dia lari di leher. Alhamdulillah. Sudah tak panas lagi. Syukur demam Tengku sudah kebah.

Nuri mengeliat sebelum dia menyelak comforter lembut itu. Pintu sliding door yang besar itu ditolak. Serta merta bayu dari laut menampar lembut wajah Nuri. Nuri menarik senyum. Bestnya duduk di sini. Terasa tenang dan aman sahaja. Jauh dari hiruk pikuk kota.

Nuri memegang besi di balkoni. Tenang.

Udara segar yang dihirup tadi berganti dengan udara yang rasa sesak gagal masuk ke dalam hidung apabila ada tangan melingkar di pinggangnya dari belakang. Malah atas kepala terasa berat saat lelaki itu jatuhkan dagu di situ.

Pendek rupanya aku ni. Maaf. Selama ni perasan tinggi padahal agak katik juga sebenarnya.

Nuri hanya diam. Entah mengapa, setiap kali bersama Tengku Rafael, Nuri rasa selamat dan sangat dilindungi. Mungkin kerana Tengku Rafael suami dia?

Maybe...

"Aku dah sihat." Beritahu suara itu tiba-tiba.

"Ya saya tahu sebab saya yang jaga Tengku."

Menyenget bibir Tengku Rafael mendengarnya.

"That confident is hella sexy." Komen suara garau itu tidak bernada. Berbahang wajah Nuri dibuatnya.

"Now let us waste our time wisely. Because what's left right now is only you. And me. So tell me, what kind of activities you want to do with me?" Ujar suara itu. Bagai berbisik rapat di cuping telinga Nuri.

"Err. Kita berenang dari pulau ni ke daratan sana? Boleh?"

Gulp...

Meremang bulu roma Nuri dengan tingkah Tengku Rafael. Panas sangat ke demam semalam sampai ada wayar putus di otak?

"You kidding me. I prefer spend time with you in a dark and cold room. Alone." Ujar suara itu tidak bernada dan beku. Tapi cukup membuat Nuri rasa seram sejuk.

"Bunyinya macam bosan je Tengku."

"Ah. That's where you're wrong, babe." Sinis sahaja nadanya.

Nuri diam sahaja. Malu nak balas lebih.

"Tak ada aktiviti lain ke kat sini?" Tanya Nuri memecah suasana yang sepi antara mereka tadi.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now