🍁 •BAB 1•

134K 4.8K 1K
                                    

     TENGKU RAFAEL LUTH tenang dengan jari jemarinya laju menari di atas piano besar itu. Tidak diendahkan betapa banyaknya pandangan mata yang memandang ke arahnya.

Siapa sangka, dia akhirnya dapat juga membuat persembahan di atas pentas besar sempena Anugerah Selebriti Popular ini.

Namun tiada siapa yang mengenali pemilik susuk tubuh yang memakai kot hitam dan corak naga keemasan itu. Mask hitam menutup separuh wajahnya. Semua hanya diam. Khusyuk menghayati setiap not piano yang dimainkan itu. Indah bunyi alunannya.

Namun mata seorang Tengku Rafael Luth hanya memandang ke arah gadis yang duduk di meja bulat paling hadapan itu.

Dhiah Nageena.

Malam itu, gadis berambut panjang itu cantik dengan busana seorang pereka fesyen yang terkemuka. Berbaju gaun berwarna putih.

Dan dialah satu-satunya semangat Tengku Rafael.

Dialah yang selalu di hati Tengku Rafael.

Walaupun sudah lapan tahun berlalu. Tak mungkin dia lupakan gadis itu.

Dhiah Nageena.

Insan mulia yang pernah membantu seorang Luth yang lemah.

When our memories,
Stays as memories.

Dia mahukan gadis itu. Untuk menjadi miliknya.


NURI NAFEESA tersedar dari lenanya apabila ada cecair yang sejuk menampar wajahnya. Terus terduduk dia.

"Eijaz Qaisara!" Keras suara Nuri Nafeesa. Terkulat-kulat dia mengesat cecair yang masih bersisa di wajahnya.

"Weh goblok! Sejuk tau!" Marah Nuri Nafeesa.

Eijaz Qaisara gelak kuat melihat wajah Nuri Nafeesa. Tak makan saman. Heleh setakat Nuri Nafeesa? Marah gitu je. Apa ada hal?!

"Bangunlah! Kau kata kau nak pergi interview kan?" Nuri mendengus kasar. Kejut elok-elok kan boleh. Perlu ke sampai siram air?

"Halah baru pukul tujuh. Interview tu pukul sepuluh la. Lek luu. Pape rojer." Dan Nuri Nafeesa merebahkan semula tubuhnya ke atas katil. Oh katilku!

Masa 'cuti' nilah nak memanfaatkan bangun lewat tuu. Dan Eijaz selalu cari fasal mengganggunya.

"Baik kau bersiap-siap. Kau bukannya nak pergi syarikat bodoh-bodoh tau! Baik kau bangkit la ni. Praktis macam mana nak jawab soalan." Marah Eijaz. Dia tahu siapa pemilik syarikat seni bina dan hiasan dalaman itu. Seorang Tengku. Tengku tau Tengku!

"Okey soalan apa yang selalu ditanya? Siapa awak? Nama awak? Umur? Asal mana? Pandai english tak? Kelulusan mana? Siapa mak ayah awak? Single ke taken? Dah kahwin ke belum? Yakinkan saya tentang kenapa saya kena ambil awak sebagai pekerja? Lame! Senang je aku jawab nanti. Kau jangan risau." Nuri Nafeesa tersenyum macam kambing dengan mata yang separa terkatup.

"Pala hangguk you. Kau ingat ni temuduga masa kita nak kerja dekat seven eleven lepas SPM dulu?" Eijaz memeluk tubuhnya. Tak puas hati dengan sikap Nuri yang suka sambil lewa.

"Baik! Aku bangun. Ha. Puas hati tuanku?" Nuri terus tegakkan duduk. Bibir tersenyum mengejek sebelum menguap.

"Teruknya perangai. Ini kalau Irfannuddin tu nampak. Mahu dia minta clash dengan kau!" Nuri sengih nakal mendengar nama itu.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now