🍁 •BAB 34•

76.1K 4.4K 1.7K
                                    

NURI NAFEESA melangkah ceria mendekati pintu kayu pejabat yang dari jauh dah nampak dah kekuatan auranya di situ.

Ahaks!

"Ehem! Hai Mella. Busy ke?" Nuri Nafeesa menjengulkan kepala ke dalam pejabat Mella. Ceria sahaja gayanya.

Mella terus angkat kepala mendengar sapaan Nuri Nafeesa.

"Tak. Kenapa? Ni mesti nak kacau Tengku kan?" Teka Mella. Dan ternyata tekaannya tepat sekali apabila melihat wajah comel Nuri Nafeesa yang tersenyum macam kerang busuk itu.

"Amboi Mella. Memahami sungguh!"

"Gila tak memahami. Memang perangai awak gitu Nuri. Dah masak dah saya dengan perangai awak." Ujar Mella lagi.

Nuri Nafeesa ketawa kecil mendengarnya.

"Tengku busy tak?" Tanya Nuri Nafeesa.

"Tak kut. Awak pergilah masuk. Awak kan paling power ganggu Tengku. Tak ada orang lain yang berani mati macam awak tau." Mella berkata. Yakin sahaja wajahnya.

Nuri Nafeesa ketawa mendengarnya. Kasihan ini Mella. Barangkali muak menghadap perangai tiga suku Nuri Nafeesa yang tak ubah budak lima tahun.

"Tapi kan Nuri, awak ada apa-apa hubungan ke dengan Tengku?" Tanya Mella.

Nuri terdiam. Namun mata pantas dikecilkan memandang Mella.

"Merepek apa ni Mella?"

"Saya tanya je. Tengku macam baik betul dengan awak Nuri."

Nuri Nafeesa tak tahu nak menangis ke nak tersenyum mendengar kata-kata Mella. Kalaulah Mella tahu macam mana Nuri hadap Tengku Rafael yang suka menyinis tu dua puluh empat jam, mesti Mella taubat dah nak cakap Tengku baik dengan Nuri macam tu.

"Eleh yela tu. Okeylah. Saya pergi cari masalah dulu ya. Tata!" Nuri Nafeesa terus berlalu pergi. Bimbang kalau Mella tanya macam-macam lagi. Tapi, Mella tak tahu ke yang...

Nuri Nafeesa menggeleng. Tangan laju naik mengetuk pintu kayu yang megah berdiri di hadapannya itu.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum. Encik boss?"

"Masuk!"

Nuri terus membuka pintu bilik pejabat itu apabila mendapat kebenaran Tengku Rafael. Lantas dia memboloskan tubuh masuk ke dalam pejabat Tengku Rafael.

"Tengku... saya kacau sekejap boleh..." Nuri Nafeesa terdiam saat melihat senyuman yang sangat manis di bibir Tengku Rafael. Dan buat pertama kalinya Nuri Nafeesa perasan akan lekuk cantik di pipi Tengku Rafael.

Indahnya pemandangan ini.

Siapalah orang bertuah yang mampu membuatkan Tengku Rafael tersenyum macam tu?

Tengku Rafael angkat kepala memandang Nuri. Pandangannya berubah kosong. Senyuman manis mengancam tadi juga mati.

Dan ketahuilah Nuri bahawa orang itu tak lain tak bukan, pasti Dhiah.

"Hmm. Nak apa?" Tanya Tengku Rafael. Telefon bimbit peribadi di tangannya dicampak di dalam laci.

Nuri menarik senyum.

"Emm saya nak ajak Tengku lunch. Tengku free tak?" Nuri Nafeesa tersenyum lebar.

Senyuman yang penuh kepuraan.

Tengku Rafael terdiam seketika.

"Oh sorry. Aku ada lunch dengan orang lain. Kenapa? Kau tak ada kawan ke nak ajak lunch?" Tanya Tengku Rafael.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now