NURI NAFEESA bersandar di penjuru lif. Tempat paling favourite sebab biasanya kalau naik lif, mesti kepalanya pening. Nanti tiba-tiba rebah dalam lif ni karang. Siapa nak tolong?
Ting! Lif terbuka di tingkat dua puluh.
Nuri Nafeesa terus larikan pandangan mata saat terpandangkan susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapan lif dengan mata yang melekat di skrin telefon bimbit. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam lif. Khusyuk benar sampai tak toleh kiri kanan.
Nuri Nafeesa menjenguk sedikit kepala ke hadapan. Memandang wajah kosong tidak beriak lelaki itu.
Nuri Nafeesa mencebik apabila lelaki itu langsung tak menoleh memandang sekeliling.
"Ehem! Encik boss..." Tegur Nuri Nafeesa.
Tengku Rafael angkat muka dan menoleh ke belakang. Mencerun sepasang mata gelap itu memandang ke arahnya.
"Ada apa?"
Nuri Nafeesa senyum nipis.
"Err terima kasih encik boss. Sebab tolong saya tempoh hari." Nuri Nafeesa bersuara. Kepala dijengukkan sedikit ke hadapan lagi. Cuba memancing tumpuan lelaki itu.
Tapi hampeh. Takdenya Tengku Rafael nak pandang dia.
"Hmm."
Nuri Nafeesa tarik muka mendengarnya. Hmm je? Like real?
"Encik boss, tak nak tanya saya apa khabar ke?" Bibir Nuri Nafeesa tersengih lebar. Saja nak berbual dengan Tengku Rafael. Lagipun dia memang orang yang macam tu. Suka memulakan perbualan.
"Kau nak apa sebenarnya?" Malas sahaja suara Tengku Rafael berkata. Ya. Dia malas nak layan perangai Nuri Nafeesa.
"Nak attention." Seloroh Nuri Nafeesa. Sebelah kening dijongketkan berkali-kali walaupun Tengku Rafael langsung tak jeling dia.
"Gedik. Oh lupa, baru single kan. Hmm patutlah." Bibir Tengku Rafael menyenget sedikit. Bagai mengejek Nuri Nafeesa.
Nuri Nafeesa terkaku di tempatnya. Senyuman di bibir menghilang sebaik sahaja mendengar kata-kata Tengku Rafael. Serta merta dia teringatkan Irfan.
Teringat bagaimana hubungan mereka berakhir begitu sahaja.
Ya Allah...
Pedihnya rasa hati.
Ting!
Nuri Nafeesa tersedar dari terus dilambung kisah lalu. Tanpa kata, dia terus melangkah keluar dari lif.
Bekerut kening Tengku Rafael melihat gadis itu. Dia sedar akan perubahan pada wajah Nuri Nafeesa tadi. Tapi...
Aku ada salah cakap ke?
ALHAMDULILLAH. Syukur rasa apabila urusan hari ini berjalan lancar. Nuri Nafeesa juga telahpun berjaya mempersembahkan presentationnya dengan baik.
Client suka benar dengan sikap Nuri Nafeesa. Kadang gadis kecil molek itu terlihat profesional sungguh. Tapi ada sahaja benda kelakar yang diselitnya. Menjadikan suasana meeting lebih harmoni dan selesa.
Tengku Rafael hanya mendiamkan diri.
Memuaskan. Not bad for the first timer.
"Excuse me. Kalau ada apa-apa, in shaa Allah saya inform Tengku ya."
"Baik Tan Sri. Terima kasih kerana beri..." Tengku Rafael menjeling Nuri Nafeesa yang senyum manis di sebelahnya.
"...Cik Nuri Nafeesa peluang." Bukan main panjang dia tarik nafas semata-mata nak panggil nama budak itu dengan gelaran cik dihadapannya.
YOU ARE READING
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Romance# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun...