BUKKK!!!Nuri Nafeesa terundur selangkah sebelum tubuhnya melayang jatuh terbaring ke atas lantai. Tangan automatik naik memegang dahi yang bercumbuan manja dengan pintu tadi. Bukan setakat dahi yang sakit, malah sekali pakej dengan belakang kepala, satu badan, punggung semua sakit sebab terjatuh atas lantai.
Aduh sakit siut!
"Ya Allah Nuri!"
Miss Young dan Erin yang baru keluar dari bilik mesyuarat terus membantu Nuri bangun.
"Maaflah Nuri. Saya tak sengaja." Miss Young terus menggosok lembut dahi Nuri yang sudah memerah.
Nuri tak tahu nak nangis ke nak ketawa. Akhirnya dia tersengih sahaja.
"Aduh sakit miss." Nuri ketawa kecil.
"Tu lah. Kenapa jalan tak pandang depan?" Tanya Erin. Dia ketawa sama melihat Nuri yang tahan tawa itu.
"Saya pandang depanlah Erin. Tapi saya tak sempat brek." Ujar Nuri.
Rais terus merapati Nuri. Fail di atas lantai di ambil dan dihulurkan ke arah Nuri.
"Nuri okey tak ni?" Tanya Rais pula. Risau kadang dengan Nuri ni. Sempat dia menjeling Tengku Rafael yang sudah tersenyum senget di tempatnya.
Apa punya suami daa.
"Okey Rais. Saya baik-baik je." Nuri senyum. Fail di tangan Rais disambut sebelum fail itu dihulurkan kepada Miss Young.
"Oh fail ni. Terima kasih Nuri. Betul ni okey?" Tanya Miss Young lagi.
Nuri sengih. Perit rasa bila kau senyum dalam kesakitan.
"Okey." Nuri menjeling Tengku Rafael dengan ekor mata. Nyata lelaki itu turut memandang ke arahnya. Tenang sahaja gaya lelaki itu bersandar ke dinding kaca bilik mesyuarat.
Automatik Nuri terus atur langkah berlalu pergi dari situ. Tangan duk menekup dahi yang terasa sakit.
Ya Allah.
Apa nak jadi dengan kau ni Nuri?!
Buat malu je...
"ASSALAMUALAIKUM!" Tengku Rafael terus angkat kepala saat pintunya terkuak kasar dari luar. Automatik wajahnya ditayang selamba.
"Hmm. Rais. Kau nak apa?" Tanya Tengku Rafael tenang.
"Dah masuk waktu lunch ni. Kau tak nak lunch ke?" Tanya Rais.
Tengku Rafael menggeleng.
"Tak. Kau pergi jelah lunch sana." Halau Tengku Rafael. Tak aman betul hidup.
Rais buat muka.
"Okey. Oh ya nanti lepas lunch hour, kau free kan? Nanti budak-budak ni nak ajak bincang tentang family day yang dia orang dah rancang untuk bulan depan tu. Pastikan kau datang tau." Pesan Rais lagi.
Tengku Rafael menjatuhkan kepala seraya menayang ibu jarinya. Tanda okey.
"Aku makan dulu. Bye." Rais melambai malas ke arah Tengku Rafael. Tengku Rafael terus menghalau Rais menjauh. Tenang kembali rasa apabila pintu sudah ditutup rapat semula.
Lantas tangan mencapai semula sudu di sebelah. Bekas tupperware warna kuning dan pink itu dibuka. Serta merta semerbak haruman nasi goreng kampung memenuhi ruang biliknya. Tengku Rafael tersenyum nipis sebelum mula menyudu nasi goreng itu ke dalam mulut.
Emm.
Sedap.
Fail di atas meja di selak lagi. Isinya diteliti bersama tangan yang masih setia menyudu nasi goreng ke dalam mulutnya dari tadi.
YOU ARE READING
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Romance# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun...