A Y D E N | 2 1 |

1.5K 106 5
                                    

"Ayden pergi mana pula tu Keisha?" Soal mama tidak lama selepas pemergian Ayden.

Aku terkulat-kulat dengan soalan yang diajukan. Bibir aku ketap perlahan sebelum menjawab soalannya. "Tak pasti la ma." Jawabku teragak-agak. Tangan pula laju membalik-balikkan daging di atas pemanggang. Sengaja mahu kelihatan sibuk di sini.

Mama memandangku dengan kerutan di dahi. "Takkan kamu tak tahu?"

Lambat-lambat aku menegeleng.

"Tak faham mama, kamu berdua ni laki bini macam mana entah. Tadi Ayden tak tahu pasal kamu, tanya kamu pasal Ayden.. Pun tak tahu juga." Omel mama.

Aku diam tanpa membalas.

"Abang keluar beli barang dia cakap. Sekejap lagi dia baliklah tu." Sampuk Ayra sekaligus menyelamatkan keadaan. Dia menghampiri mama sebelum membisikkan sesuatu kepada mama mertuaku.

"Takpelah kalau macam tu." Jawab mama pendek sebelum masuk semula ke dalam rumah.

Aku memandang Ayra dengan rasa bersalah. "Sorry adik." Ucapku perlahan.

"Apa sorry pula. Adik cakap benda yang adik tahu je. Tadi selisih dengan abang masa nak keluar. Kalau tak, tak tahu juga." Jawab Ayra selamba. Aku mengukir senyum buatnya.

Deruman kereta Ayden kedengaran memasuki pagar rumah. Hatiku merasa sedikit lega dengan kepulangan Ayden.

"Biar adik pula yang bakar ni, Kak Sha dari tadi berdiri mesti penat kan?" Ujar Ayra seraya menolak badanku duduk di kerusi.

Aku mengelap peluh di dahi dengan tisu yang tersedia di atas meja. Air oren aku teguk perlahan bagi menghilangkan dahaga. Sudah lebih setengah jam rupanya aku berdiri di hadapan griller membakar ayam dan daging bersama dengan seorang maid.

"Assalamualaikum.." Sapa satu suara yang sangat aku kenali.

"Waalaikumussalam. Kak Eja?" Soalku dengan dahi yang agak berkerut sebaik melihat Kak Eja yang mendukung Tiara manakala Haziq pula berdiri di belakangnya.

"Jemput duduk. Kalau nak makan pun dah boleh ni. Spaghetti Olio, kek, kuih pun ada ni." Ujarku sambil menujukkan makanan yang dihidangkan oleh bibik seketika tadi.

Baru sahaja ingin mengambil pinggan, Haziq memghalangku. "Biar saya yang ambilkan makanan untuk Eja dan Tiara. Keisha dengan Eja duduklah dulu."

Aku tidak jadi menyendukkan makanan buat Kak Eja dan kembali duduk di meja kopi.

"Tak cakap pun nak datang? Atau Kak Eja ada call Sha tadi? Sorry tak perasan." Tanganku pantas mengambil telefon yang sedari tadi terbiar. Tiada panggilan dari Kak Eja namun kebetulan terdapat satu mesej yang baru masuk daeipada Ayden. Dahiku berkerut melihat nama penghantar. Aku segera membaca mesej Ayden.

Husbaby:
Baby, I tunggu dalam kereta. I bought something for you. Cepat sayang.

Me:
2 minutes.

Aku membalas pendek mesej Ayden.

"Ayden yang suruh Haziq jemput Kak Eja tadi." Jawab Kak Eja akan hal yang sebenarnya.

Aku mengangguk faham.

"Kak Eja makan dulu ya. Ayden panggil Sha pula. Kejap lagi Sha datang balik." Ujarku sebelum berlalu dari ruang tersebut.

Pintu penumpang Audi R8 milik Ayden aku buka dan segera aku melabuhkan punggung di dalamnya. "Kenapa sayang? I busuk ni dari tadi kena asap." Omelku dengan bibir yang memuncung.

Pipiku diusap perlahan oleh Ayden sebelum dia mencuri cium pipiku. "Kesiannya. Tengok muka pun merah dah tu. Panas ya?"

"Sayang nak bagi apa? Saja je kan cakap belikan I something tapi sebenarnya nak buli I." Aku menarik muncung sambil menyilangkan tangan di dada.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now