Hi readerss. Macam biasa dah baca jangan lupa vote and comment ya!
Kepalaku terasa sangat berat. Tempat tidur di sebelah aku raba perlahan. Kosong. Sah Ayden tidur di tempat lain semalam.
Telefon dari sisi katil aku ambil. Hampir terbeliak mataku apabila melihat jam sudah pukul 9.30 pagi.
Terasa baru sekejap aku melelapkan mata sebaik solat subuh pagi tadi.
Nombor telefon Encik Zafril aku dial dan bersambung setelah beberapa deringan.
"Hello bos, morning." Sapaku pendek.
"Yes Keisha?" Balasnya dari hujung talian.
"I MC hari ni. Tak sihat. Sorry last minute inform." Ujarku dengan tekak yang sakit, suara juga hampir tidak keluar.
Tiba-tiba bangun harini demam, tidak pasti penyebabnya kenapa. Mungkin disebabkan aku terjatuh ke dalam kolam serta lemas ataupun kerana stress dengan Ayden.
"No worries Keisha, Ayden dah call I pagi tadi cakap you demam. You rest ya, jangan lupa pergi klinik." Pesan Encik Zafril perihatin.
"Terima kasih." Ucapku terharu.
"No problem. You take care ya." Balas Encik Zafril dari hujung talian sebelum memutuskan panggilan.
Aku terpandangkan mesej yang baru masuk dari Ayden.
Husbaby:
I masak bubur tadi. Once you dah breakfast and bersiap nanti call Haziq untuk bawa pergi klinik.Rajin pula dia masakkan bubur untuk aku. Rela tinggal mesej je dari nak kejutkan aku.
Me:
Sayang kat mana? I baru bangun. Kepala I sakit sangat. Badan I pun sakit-sakit.Aku membalas mesej Ayden. Manalah tahu kalau dia menghantar mesej kerana tidak mahu berbual denganku.
Husbaby:
Office.Satu patah sahaja jawapan darinya. Aku berbaring semula di atas katil.
Bukannya dia tidak tahu aku tak sihat.
Me:
Balik la awal sikit harini..
I nak sayang teman ☹️Husbaby:
I got back to back meetings to attend.Sakit hati betul aku membaca balasan Ayden. Minta balik awal pun macam tu je kena reject.
Me:
Okay. I love you sayang 😘Laju aku menaip meskipun sedikit geram dengan Ayden.
Namun, seperti yang aku jangka, mesejku dibiarkan sepi tidak berbalas.
Ayden and his ego.
✨✨✨✨✨
Ayden pulang kira-kira 9 malam dengan riak kepenatan. Aku yang berada di dapur sempat mencuri pandang Ayden yang sedang membuka stoking di ruang tamu.
Aku melangkah menghampiri Ayden yang sedang bersandar sambil memejamkan mata di sofa.
"Sayang dah makan?" Aku menyoal Ayden dengan suara yang hampir tidak kedengaran.
"Dah." Jawabnya sepatah. Matanya masih terpejam.
Aku duduk di sebelah Ayden yang sedang bersandar di sofa.
Aku meletakkan kedua belah tapak tanganku di atas bahu Ayden sebelum mengurutnya perlahan. Badannya aku sudah pusingkan membelakangi aku. Sudah menjadi kebiasaanku untuk mengurut bahu Ayden sebaik dia pulang dari bekerja.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.