A Y D E N | 4 |

5.8K 311 8
                                    

Ayden sudah sedia menunggu di bawah sewaktu aku turun. Tanpa membuang masa, aku segera membuka pintu kereta dan melabuhkan duduk di tempat duduk penumpang.

Badan aku pusingkan untuk melihat Ayden.

Wait.

Baju melayu bewarna krim?

"You pakai baju melayu ni nak pergi nikah ke?" Soalku pelik.

Ayden memakai baju melayu? Sumpah dia nampak terlebih kacak dan hot sangat malam ni!

"You nak ke?" Soalan aku dibalas dengan soalan juga

Hish! Ayden ni kan..

"Nak apa?" Kening aku jongketkan sekali. Tanda tidak mengerti. Dia suka tanya soalan tanpa mamukaddimah macam ni.

"Nikah dengan I malam ni?" Soal Ayden selamba.

Tekak aku bagaikan tercekik tiba-tiba. Aku terbatuk beberapa kali. Tangan aku lurutkan ke dada.

"Hell no." Aku mencemik.

Aku tak faham lah dengan Ayden ni. Sumpah aku tak faham.

"Ayden you crush dekat I ke sebenarnya?" Aku cuba menyoal Ayden dengan apa yang aku fikirkan sejak beberapa hari ini. Mustahil tapi mana tahu.

Ayden menghambur tawa besar. Seolah apa yang aku tuturkan benar-benar kelakar di telinganya.

"Keisha, come on lah. You jangan perasan boleh tak? You ingat you dah cukup cantik ke untuk bersama dengan I?" Sindir Ayden. "You're indeed pretty. But not enough." Sambungnya lagi secara berterusan dengan nada menyindir.

Dia memandang aku sekilas sebelum memfokuskan semula ke arah jalan raya.

Aku tersentap dengan ayatnya itu. Dapat aku rasakan bahawa eajah aku berubah merah padam dengan sindiran darinya.

Tak boleh kejam lagi ke Ayden?!

"Dah you tu pelik. Mengaku I girlfriend lah, bawa pergi wedding lah. Atau betul lah first impression I yang you ni ada masalah mental." Aku mengomel sendirian.

"You ni kan, everytime I jumpa you, mesti you cakap I gila, mereng, ada masalah mental. Am I that insane to you?" Marah Ayden.

Ok kali ni aku benar-benar rasa yang dia marah.

"Sebab you tu pelik.." Aku cakap perlahan.

"Shut up Keisha! I don't wanna hear you talking anymore." Bentak Ayden mematikan niat aku untuk bersuara. Sekaligus membuatkan aku tiada mood.

"I penat la nak..."

"Shut. Up!" Sekali lagi dia membentak geram menjadikan aku tidak jadi bersuara.

"I hate your smart mouth sebab you selalu sakitkan hati I. So please, just shut up for now." Ayden bersuara tegas.

Roma aku terasa menegak dengan ayat Ayden. Entah kenap kali ini aku merasa takut dengannya.

Telefon pemberian Ayden aku keluarkan dari dalam clutch. Skrin aku tekan beberapa kali sebelum membuka chat Ayden.

Me:
I nak balik. I taknak ikut you. I penat nak gaduh dengan you Drop me somewhere and I boleh balik dengan Grab.

Laju aku menaip mesej buatnya dan segera aku menghantar kemudiannya.

Telefon Ayden berbunyi di dalam poket. Dia segera mengambil dan melihat skrin yang mempamerkan preview mesej yang aku hantar seketika tadi.

Kedengaran tawa sinis darinya.

"I'm not dropping you off. You'll be my company tonight. Full stop!" Ujar Ayden yakin.

Aku hanya mampu membungkam geram. Pandangan aku alihkan ke kuar tingkap. Melihat lampu dan jalan raya yang masih penuh dengan kereta meski hari sudah malam

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now