A Y D E N | 4 1 |

342 23 1
                                    

Selamat Hari Raya semua!
Macam biasa dah abis baca jangan lupa vote and comment ya

✨✨✨

Telefon yang berdering minta diangkat di atas meja aku ambil. Panggilan dari Zara, teman baikku. Ini kalau takde benda penting memang dia takkan call aku.

Sudah lama aku tidak berjumpa Zara. Mana tak nya, pulang dari UK terus sibuk dengan persiapan kahwin.

"Hello Zara." Sapaku pendek. Mata aku kembali fokuskan ke skrin laptop kerana aku perlu menyiapkan paperwork hari ini.

Memang minta nyawa. Lunch pun Ayden yang orderkan subway tadi kerana aku awal-awal memberitahunya aku banyak kerja harini.

"Min lepas kerja kau free tak?" Soalnya dari hujung talian. Tanpa sebarang sapaan.

"Kenapa?" Soalku semula.

"Teman aku pergi Sunway. Beli barang sikit." Ajaknya tiba-tiba. Amboi, lupa dah ke kawan dia ni dah ada suami, mana boleh senang-senang keluar tanpa izin.

"Aku kena tanya Ayden dulu. Kalau ok, aku update kau nanti."

"Yalah. Bye." Balasnya pendek.

"Bye." Jawabku sebelum mematikan talian. Sudah terbiasa dengan sikap Zara yang begitu.

Skrin telefon kemudiannya aku skrol untuk mencari nombor Ayden dan segera aku dial.

Hanya dua deringan sebelum panggilan aku dijawab.

"Yes baby?" Sapa Ayden lembut.

"Sorry kacau sayang. Petang nanti lepas kerja I nak keluar dengan Zara boleh? Dia ajak I teman beli barang kat Sunway Pyramid." Balasku terus kepada cerita sebenar. TIdak mahu berlama mengganggu Ayden, tambahan pula aku sendiri sedang sibuk saat ini.

"Ok. Baby jangan balik lambat sangat. Be home before 10." Pesan Ayden yang juga merupakan satu arahan.

"Ok sayang. I love you." Ucapku kepada Ayden.

"I love you too." Balasnya di hujung talian.

Aku menyiapkan kerjaku dengan sehabis pantas. Nasib baiklah tempat kerjaku tidak jauh mana dengan Sunway Pyramid. Namun memikirkan Federal Highway yang semestinya jem di waktu petang, sekaligus membuatkan aku stress.

Tepat lima petang aku sudah keluar dari pejabat. Sudah aku maklumkan kepada Encik Zafril terlebih dahulu bahawa aku perlu pulang awal hari ini.

Keadaan lalu lintas yang sedikit lengang memudahkan perjalanan aku dan berjaya sampai di Sunway Pyramid pada pukul 5.30 petang lagi. Sempat aku mencuci mata sementara menunggu Zara.

Terasa seseorang memelukku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Zara.

"Sampai juga pun kau." Sindirku. Mana tak nya, aku yang sampai dulu sedangkan pejabat Zara cuma di bangunan berhampiran.

Dia cuma ketawa. "Kau siap shopping dah tu?" Zara menjuihkan bibir kepada beg kertas yang aku letakkan di sebelah.

"Ya la tunggu kau lama sangat." Aku jawab selamba.

Aku sempat membeli beberapa reed diffuser untuk diri sendiri dan Ayden untuk diletakkan di pejabat.

"Biasalah bos aku tu, pukul 5 baru nak buat discussion. Nasib baik tak lama." Jawab Zara dengan muka yang sengaja dimasamkan.

"Kau nak beli apa ni? Jom, kita tak boleh lama-lama nanti Ayden bising." Aku bangun seraya menarik tangan Zara untuk mengikutiku.

"Laki kau tak bagi ke keluar ni?" Tanya Zara perihatin. Dia pandang aku dengan rasa bersalah.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now