Aku termenung melihat taman permainan menerusi balkoni rumah. MC yang diberikan selama dua hari cukup untuk membuatkan aku kebosanan di rumah. Aku sudah menyiapkan report yang diminta oleh Enzik Zafril tepat pada hari Jumaat.
Mr. Troublemaker:
You dekat mana? I'll pick you up at 8.Mesej Whatsapp daripada Ayden aku baca.
Me:
Kat rumah obviously, kereta I dekat workshop. Remember? I don't think I could make it. Pinggang I sakit lagi.Aku membalas chat Ayden tanpa perasan. Jangan kata dia lupa yang kereta aku dekat bengkel sedangkan dia sendiri yang membawa Jazz milikku ke bengkel kereta dua hari lepas.
Tanpa persetujuan aku.
Huh!
Memori dua hari lepas terimbau kembali ke dalam kotak ingatan aku.
"Kenapa you tak repair kereta you?" Soal Ayden setelah kembali ke rumahku. Selesai memapah aku hingga ke pintu rumah, dia turun semula ke basement untuk mengambil kunci kereta daripada Haziq yang baru tiba.
Ayden hanya kembali dua jam kemudian dan hanya bersama dengan thumbdrive milikku sahaja.
"Ni I punya kan? Macam mana boleh ada dengan you?" Soalku tanpa menjawab pertanyaan Ayden. Da yang duduk di sofa ruang tamu aku pandang tajam.
Nasib baiklah Kak Eja masih belum pulang ke rumah. Dia merupakan pembantu yang aku upah untuk mengemas dan memasak untukku di siang hari. Kebiasaannya dia akan datang jam sembilan pagi dan akan pulang ke rumah sekitar jam tiga petang sebaik dia selesai menyediakan makan malam untukku.
Kebetulan hari ini hujan lebat dan aku meminta Kak Eja menunggu hujan reda terlebih dahulu kerana bukan aku tidak tahu bahawa kereta miliknya tiada aircond.
Kalau takde Kak Eja? Jangan harap aku nak ajak Ayden masuk.
"I got this from your office."
Dahi aku sudah berkerut dengan jawapan yang tidak disangka itu.
"You ceroboh office I?" Soalku agak kuat. Ayden ni memang betul-betul gila agaknya.
Tapi macam mana dia masuk? Dia takde access card untuk masuk ke department aku.
Ayden menghadiahkan jelingan tajam buatku. "Tak payah nak tuduh I bukan-bukan. Zaf is my good friend, remember? Haziq yang ambilkan masa dia ambil kereta you tadi." Jawab Haziq senada.
Ok, aku lupa pula yang dia ni kawan bos.
"So kunci kereta I?" Aku menadah tangan untuk menerima kunci kereta dari Ayden.
"I dah hantar bengkel." Jawabnya selamba. Sekaligus mendidihkan darah aku.
"You siapa pandai-pandai nak buat macam tu?"
"Dah dua bulan Keisha, kenapa you tak baiki lagi kereta you?" Tanya Ayden. Aku dipandang dengan riak tidak percaya.
"I tak cukup duit." Aku jawab jujur. "Balance baiki kereta you pun I tak mampu nak ganti lagi, takkan I nak selfish baiki kereta I dulu?"
Diri sendiri susah tak apa, asalkan tak susahkan orang lain.
"Are you that broke?" Soal Ayden dengan dahi yang berlapis.
Ya Allah.. Soalan dia.. Sungguh mencabar minda dan perasaan. Kalau aku kaya takdelah pula sampai nak bayar duit dia secara ansuran macam ni.
"Too broke from your perspective, kalau nak dibandingkan you dengan I, memang jauh panggang dari api. Tapi kalau I ada sugar daddy, I boleh jadi kaya rasanya." Aku cuba membuat lawak bodoh.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.