A Y D E N |18|

4.4K 179 5
                                    

Tangisan mummy yang kedengaran sayup-sayup dari dalam biliknya meruntun hati aku. Kaki aku pantas melangkah menuju ke bilik tidur kedua ibu bapaku.

Zharif aku lihat berdiri kaku di muka pintu. Dia cuba menahan aku dari masuk ke dalam bilik namun pantas aku menepis tangannya.

"Jangan nak halang adik masuk boleh tak?" Ujarku sambil melangkah masuk ke dalam bilik mummy.

Tubuh mummy yang duduk di birai katil aku peluk erat. Tadi sudah dua kali dia pengsan di ruang tamu.

Zharif yang terpaku di muka pintu aku pandang tajam. Perasaan benci, marah dan tidak puas hati mulai membuak-buak terhadapnya.

Aku juga sudah basah dengan airmata. Bukan kerana Zharif, tetapi kerana tidak sanggup melihat keadaan mummy begini.

"Mummy.." Panggil Zharif dengan suara yang kedengaran serak. Matanya juga sudah memerah. Dia melutut di sisi katil dan mulai memeluk kaki mummy.

Kami bertiga mulai hanyut dalam tangisan masing-masing.

"Whatever happen, kasih sayang abang dekat mummy, baba dan adik takkan pernah berubah." Ujarnya dalam esak perlahan.

Aku terasa sayu dengan ayat Zharif. Meski aku kecewa dan benci dengan keputusannya, sayangku juga tidak pernah berubah.

"Mummy tahu sayang." Balas mummy juga dalam esakan. "Come duduk sini." Ajak mummy seraya menarik badan Zharif untuk duduk di sisinya.

"Abang minta maaf." Ucap Zharif dengan terhinggut-hinggut.

"Takpe. Mummy faham." Pipi Zharif yang kini basah dengan airmata diusap perlahan oleh mummy.

"Anak mummy yang baik, soleh, kesayangan mummy. Jaga diri bila dah jauh dengan baba mummy nanti. Jangan lupa mummy, baba dengan adik. Mummy sayang abang. Kalau boleh, jenguklah kami selalu." Bisik mummy lembut sebelum mengucup dahi Zharif.

Terasa bahuku digoncang lembut.

"Keisha.. Keisha.." Panggil Ayden beberapa kali.

Aku tersentak dengan panggilan Ayden. Jauh betul aku menggelamun. Airmata yang membasahi pipi aku kesat dengan belakang tapak tangan.

"Baby are you okay?" Soal Ayden prihatin. Dia sudah melabuhkan duduk di sisi aku. Badan aku ditarik ke dalam pelukannya.

Aku cuma terdiam. Mengangguk tidak, mengeleng pun tidak.

"Kenapa ni?" Tanya Ayden namun aku pilih untuk tidak menjawab. Berbicara tentang Zharif bersama Ayden adalah sesuatu yang sangat janggal.

"Pasal Zharif?" Tebak Ayden sekali dan terus mengena.

Lambat-lambat aku mengangguk.

Kedengaran keluh Ayden hampir dengan telingaku.

"I tak tahu apa yang jadi dengan korang dua. I selalu rasa curious. It's just that I don't want to push you. Tapi kan, tak baik tau sayang layan dia macam tu. You layan dia endah tak endah je. He's your brother. If I were him, I'd be hurt." Ujar Ayden cuba memujukku.

Aku memandang Ayden lama sebelum melarikan pandangan.

"I know he'd be hurt but he hurt us first." Balasku perlahan. "He walked out on us." Bisikku hampir tiada suara. Kembali dihantui rasa sebak.

"What do you mean?" Ayden menyoal dengan tercengang.

Aku mengangguk perlahan. "Lepas SPM, dia pilih untuk tinggalkan keluarga kami. Lima tahun kemudian dia kembali dan cuba berlagak seperti tiada apa yang pernah berlaku." Aku mengangkat wajah untuk memandang Ayden sekali lagi.

"Mummy menderita lepas dia pergi. Hari-hari dia menangis sebab rindukan anak dia, sebab rasa dia tak mampu jadi ibu yang terbaik buat Zharif. Sayang rasa I boleh terima Zharif macam tu je ke? I yang teman mummy hari-hari. I saw everything. Of course a part of me rasa happy bila Zharif balik sebab mummy dah tak sedih dah tapi luka yang dia tinggalkan? Tak semudah tu untuk I lupa."

Ayden mengusap belakangku.

"It happened for a reason. Benda dah lepas kan sayang. Why don't you let it go and move forward? I tengok dia sayang sangat dekat you. Before kita kahwin kan, dia siap warning I tau jangan mainkan hati dan perasaan adik dia." Balas Ayden lembut.

"He.. He said that to you?" Soalku tidak percaya.

Ayden mengangguk perlahan bersama senyum nipis. "Yes baby."

"I dah cuba tapi tak boleh." Aku mengeleng perlahan.

Ayden memegang kedua belah pipi aku. Dia menguntumkan senyum manis.

"Really?" Soalnya dengan mata yang bercahaya.

Aku mengetap bibir. Tidak pasti dengan kata-kataku. Sejujurnya aku tidak pernah mencuba untuk memaafkan dan memahami situasi Zharif.

Tidak betah dengan keadaan yang tertangkap dengan Ayden. Aku segera bangun dari duduk.

"Sayang, I ada masak untuk kita. Jom makan." Ujarku mengubah topik. Tangan Ayden aku capai untuk menarik dia bangun namun dia terlebih dahulu menarik aku dan membuatkan aku terjatuh di atas ribanya. Tangannya mulai merangkul pinggangku erat.

"I knew it baby. Mesti ego you yang halang you berbaik dengan dia kan? Tak baik macam tu. Tambah-tambah dengan adik beradik sendiri. Imagine yourself as a mother. What would you feel kalau anak kita bermasam muka sesama sendiri? Sedih kan? Zharif is totally another issue, tapi macam mana dengan mummy? Sayang pernah fikir tak apa yang mummy rasa bila anak-anak dia berterusan macam ni? Dalam hal macam ni you tak boleh selfish sayang, at least you cuba jaga hati mummy. Sayang taknak munmy sedih lagi kan?"

Pantas aku mengeleng. Tubir mata terasa panas kembali.

"Shh. I know you're still beautiful even when you are crying but no please? I tak suka tengok wife I menangis macam ni." Sampuk Ayden sebaik melihat aku hampir menangis semula.

"Sayang ni.. Ingatkan nak pujuk." Aku menampar bahunya perlahan.

Ayden mencemik. "Penat lah nak pujuk. You pun tak layan kalau I merajuk."

Heh. Selamba je jawapan dia!

"I'm sorry." Bisikku perlahan.

Ayden menguntum senyum nipis.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now