JANGAN LUPA VOTE & COMMENT LEPAS DAH BACA YA ❤️
"Dah solat asar?" Soalku kepada Zharif yang baru membuka pintu bilik.
"Dah. Kenapa?" Balasnya dengan kening yang berkerut.
"Jom keluar nak?" Ajakku.
"Pergi mana?"
"Starbucks je. Rasa nak minum kopi la petang ni. Jom la Sha belanja" Ajakku lagi.
"Itu coffee maker dah harga beribu kat rumah." Balasnya selamba seraya menjeling ke arah table top aku.
Ya Zharif berbicara tenang coffee maker yang dibeli oleh Ayden sebelum perkahwinan kami. Konon peminat kopi dan nak rasa kopi di rumah sedangkan semenjak berkahwin, boleh dikira dengan jari je berapa kali dia buat kopi menggunakan mesin ini.
"Alaa tapi dah bagitau Ayden tadi nak keluar. Dia ok je." Balasku menukar topik.
Niat asalku mahu membawa Zharif keluar supaya dia tidak terlalu memikirkan hal yang berlaku. Tambahan pula Ayden memberitahu dia berkemungkinan pulang sedikit lewat jadi terus meminta izin untuk keluar bersama Zharif.
"Baiklah kalau macam tu. Abang siap jap."
"Ok, Sha pun nak siap-siap dulu." Jawabku sambil bangun dari sofa.
Bilik tidur dituju dan aku memilih blouse corak floral biru bersama seluar berwarna putih. Mekap nipis aku kenakan hanya untuk tidak nampak pucat.
"Jom." Ajakku kepada Zharif yang sudah sedia menunggu di ruang tamu. Tapak tangan aku hulur kepada Zharif. "Kunci kereta please. Nak cuba bawa kereta baru boleh?"
"Macam-macam lah adik ni." Balas Zharif sambil menyeluk poket seluar. Kunci kereta diletakkan di atas tapak tanganku.
⭐⭐⭐⭐⭐
Kami pulang ke rumah kira-kira jam lapan malam malah Ayden ada menelefonku seketika tadi untuk memberitahu bahawa dia sudah dalam perjalanan pulang ke rumah.
Pintu rumah aku buka dan terasa bagaikan mimpi sebaik melihat dua figura yang aku rindukan kini berada di sofa ruang tamu sedang berbual dengan Ayden.
Kaki aku laku menghampiri keduanya. Baba aku salam dan peluk dan kemudiannya beralih kepada mummy pula. Zharif di sebelahku mengikuti perbuatanku.
Aku kemudiannya menghalakan langkah ke arah sofa dan duduk di sebelah Ayden.
"Mummy tak cakap dekat Sha pun cakap nak datang?" Marahku tidak puas hati.
"Mummy bagitahu abang tadi. Lepas tu call kamu tak dapat jadi mummy call Ayden." Jawab mummy.
Zharif yang berdiri di sebelah mummy aku jeling tajam. "Dia ni pun satu, punya lah dua jam kita lepak kat luar tadi sepatah pun tak cakap mummy nak datang." Bebelku kepada Zharif.
Ayden di sebelah sudah mencuit pahaku.
"Sorry. Ingatkan nak surprisekan adik." Balasnya selamba.
Hish rasa nak ketuk je kepala dia. Nasib baiklah tinggi Zharif lebih 20cm berbanding aku. Kalau tak dah lama kena ketuk.
"Surprise lah sangat." Ejekku. Masih tidak berpuas hati.
"Dah dah jangan marah abang tu, tak elok gaduh-gaduh. Kamu dua dah solat maghrib ke belum ni? Belum lagi kan. Dah lewat ni pergi solat dulu." Giliran baba pula bersuara.
Laju sahaja Zharif masuk ke dalam bilik. Baba dah bersuara kan. Siapa berani bantah.
"Sha period. Mummy baba nak makan apa? Tadi tak masak lebih. Sha order makan lah sekejap." Ujarku sambil menarik telefon dari dalam handbag.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomantizmLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.