Perutku sudah berkeriut lapar.
Patutlah. Sudah pukul 6 petang dan cuma makan bubur McD sahaja pagi tadi untuk mengalas perut.
Ayden pula langsung tidak keluar dari bilik kerjanya dari sejak pulang tengah hari tadi. Masih marahkanku barangkali.
Aku beranikan diri untuk mengetuk pintu bilik kerja Ayden.
Pintu aku ketuk tiga kali.
"Sayang banyak kerja lagi ke?" Soalku dari luar pintu.
Tiada jawapan.
Tombol aku pulas dan pintu terbuka sedikit. "Boleh I masuk?" Tanyaku sebaik menjengahkan kepala sedikit ke dalam bilik kerja Ayden.
"Nak apa?" Dia menyoalku kembali. Langsung tidak memandangku malah matanya fokus di skrin iMac.
"I nak ajak sayang makan sama-sama. Lapar." Ujarku sambil mengusap perut. "Jom." Aku mengajak Ayden lembut.
"I nak keluar lepas maghrib. You makan je." Tanpa perasan Ayden membalas.
"Ok." Aku membalas sepatah dengan rasa kecewa.
Tadi bukan main dah janji nak masak sup daging bagai. Macam tu je dia lupa janji dia.
"Sayang balik lambat ke?" Aku menyoal Ayden.
"Tak, keluar makan je." Jawabnya selamba. Masih tidak memandang aku.
Malas berlama di sini aku masuk ke dapur dan makanan yang dikirimkan oleh mama mertua aku panaskan di atas dapur.
Mama mengirim sup ayam dengan sayur campur.
✨✨✨✨✨
Bosan sendirian di rumah, aku menelefon mummy dan Zharif untuk dijadikan rakan berbual.
"Adik tak sihat ke?" Soal Zharif sebaik panggilan disambungkan.
Aku mengangguk lemah. "Haah, demam dengan batuk-batuk sikit. Ok dah sikit ni. Abang dengan mummy sihat?" Aku tanya keduanya.
"Sihat Alhamdulillah." Jawab mereka hampir serentak.
"Abang rindu nak makan mummy masak."
"Nanti ada masa balik la. Jangan mummy yang sampai Sabah pula semata-mata nak masakkan untuk anak lelaki kesayangan ni." Balas mummy selamba.
Aku sudah ketawa mendengar jawapan mummy. Siapa suruh Zharif cakap rindu masakan mummy.
"Haa itu la abang nak cakap. Next two weeks abang balik semenanjung. Tapi abang nak bawa balik kawan boleh?" Jawab Zharif sedikit berhati-hati.
"Bakal kakak ipar untuk adik ke?" Aku menyoalnya laju.
Zharif tergamam dengan soalan aku.
Lambat-lambat Zharif mengangguk. "Abang tengah kenal-kenal lagi. Kalau boleh nak serius dah dengan yang ni. Boleh ke mummy?"
"Mummy ok je. Baba lagi suka rasanya. Kan abang?" Sempat mummy menyoal baba yang kebetulan baru masuk ke dalam bilik.
"Apa dia sayang?" Soal baba yang kebingungan kepada mummy.
Aku suka mengekek ketawa. Mummy ni suka betul petik nama baba tiba-tiba macam tu.
"Baba, abang cakap dia nak bawa balik calon menantu untuk baba. Boleh ke?" Tanpa disuruh aku dengan rela hati menjelaskan keadaan sebenar kepada baba.
"Adik!" Marah Zharif dengan muka merah padam. Malu la tu.
"Apa dia? Adik cakap benda betul kan?" Aku membalas balik.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.