A Y D E N | 2 7 |

893 77 2
                                    


HAPPY READING AND JANGAN LUPA VOTE DAN COMMENT YA!

✨✨✨✨✨

Aku melangkah ke wad Zharif dengan kopi dan buah-buahan di tangan yang sempat aku beli seketika tadi.

Kata doktor semalam, tangan kiri Zharif patah akibat terhentak kuat. Mujurlah dia sempat mengelak dan motor tersebut hanya terlanggar lengannya dan dia menggunakan tangan kiri untuk menahan dan itulah yang menyebabkan tulangnya patah. Namun menurut doktor, itu adalah lebih baik berbanding sekiranya dia tidak sempat mengelak.

Aku mengambil cuti kecemasan harini ini manakala Ayden ke pejabat seperti biasa kerana mempunyai mesyuarat penting yang tidak dapat dielakkan.

Kedua baba dan mummy sudah aku maklumkan pagi tadi. Aku menahan mummy dari datang ke sini dan meminta mereka bersabar sehingga hujung minggu sahaja. Ya lah baru dua hari balik Ipoh, nak datang lagi? Kesian baba penat drive.

Semakin aku menghampiri wad Zharif, telinga aku menangkap suara orang yang seakan sedang bertelagah pendapat.

Telinga aku fokuskan untuk mendengar dengan lebih teliti namun keadaan kembali sunyi. Aku garu kepala yang tidak gatal. Tadi bukan bising-bising ke?

Pintu wad aku tolak perlahan. Kepala aku jengukkan ke dalam. Kelihatan Aleena sedang duduk di kerusi sisi katil Zharif.

Aku terkaku seketika. Memikirkan adakah aku perlu keluar semula dari sini. Yalah mana tahu mereka berdua perlukan privasi.

Aleena mengangkat wajah dan kemudiannya mencerlung kearah aku. Riaknya berubah bengis.

"Ini mesti pasal adik abang ni kan?" Bentaknya tiba-tiba. Dia sudah bangun dari kerusi yang diduduki itu.

Dahiku berkerut dengan ayat yang terpacul oleh mulut Aleena. Lain macam betul, nampak aku je terus marah. Dia ni tak centre dah ke sekarang?

"Apa yang Aleen merepek ni?" Marah Zharif.

"Yalah, entah apa yang Keisha ni hasut abang sampai abang minta putus dengan Aleen."

Kerutan di dahi semakin berlapis. Aku pula? Dia yang curang nak cakap aku pula yang hasut Zharif. Sah minah ni dah tak betul.

"Kak Aleen kenapa tiba-tiba je nak marah Sha ni?" Aku menyoal sebaik meletakkan kopi dan buah di atas meja. Karang ada juga rambut orang kena jirus dengan air latte aku ni.

Aku kini berdiri di sisi kanan Zharif manakala dia di bahagian kiri berhampiran tingkap.

Aleena merengus kuat dengan pandangan yang masih tajam. "Keisha tak payah nak berlagak macam tak salah sangat eh. Kak Aleen tahu lah Keisha tak suka Kak Aleen selama ni. Why would you bother about me and Zharif when in fact you never care about him at all? Keisha ingat Kak Aleen tak tahu ke Keisha layan Zharif macam mana sebelum ni? Macam sampah Keisha, tengok muka pun taknak. Cakap pun macam cakap dengan musuh." Panjang  bebelan Aleena.

Tipu kalau aku tak tersentap. Benar aku jahat dengan Zharif sepanjang beberapa tahun ini. Tubir mataku terasa panas.

Tangan kiriku dicapai oleh tangan kanan Zharif. Aku memalingkan wajah ke arah Zharif. Wajah yang penuh berharap supaya aku tidak memanjangkan isu ini.

"Adik jangan ambil hati. Abang tak pernah terasa pun." Pujuk Zharif. Namun aku tahu dia tipu. Bukan aku tidak sedar riak sugulnya setiap kali aku bermasam muka dengannya.

Pandangan aku talakan semula kearah Aleena.

Dia pamerkan senyum sinis buatku. "Tak terasa konon. Selama ni abang mengadu dekat Aleen tu apa?" Sindir Aleena dengan nada bengang.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now