A Y D E N | 6 |

5.6K 281 1
                                    

Cahaya matahari yang terbias melalui celahan langsir mengganggu tidur aku. Aku menutup mata dengan tangan kanan.

Sejak bila bilik tidur rumah aku silau pagi-pagi ni?

Sedar akan hal itu, aku bingkas bangun  dan melihat sekeliling. Nafas lega aku hela sebaik mengenali bilik yang aku diami ini.

Bilik tidur aku di kampung.

Macam mana boleh sampai sini? Itu semua Ayden punya pasal. Dia yang bawa aku ke sini semalam. Mummy aku lihat cuma tersengih riang menunggu kepulangan anak tunggalnya meski hari sudah menginjak sebelas malam.

Aku pula masih keliru dengan apa yang sedang berlaku.

Ahh! Ini semua rancangan Ayden!

Sampai-sampai sahaja lewat malam semalam mummy memberitahu bahawa keluarga Ayden akan datang merisik pagi esok.

Sehingga sekarang otakku sesak memikirkan apa yang disampikan mummy..

Aku bangun dari katil dan mengambil tuala di penyidai lalu diletakkan di atas bahu. Niat untuk mandi aku tangguhkan terlebih dahulu. Mummy aku cari di dapur. Kaki melangkah laju ke arah ibuku. Kelihatan mummy sedang menggoreng kuey teow untuk sarapan pagi.

"Sedapnya bau. Rajin betul mummy masak." Pujiku. Badan mummy aku peluk dari belakang.

"Sha rindu mummy." Ucapku sambil mencium pipi gebunya.

Tangan kini mummy menepuk bahu aku. "Pergi mandi lah sha. Dah nak jadi bini orang pun liat bangun dan mandi lagi. Pergi cepat! Sekejap lagi Ayden dengan baba kamu balik." Arah mummy.

"Alaa baru pukul lapan kan." Rengekku masih erat memeluk mummy.

"Hish Keisha ni, Ayden tengok nanti perangai kamu ni karang tak jadi kahwin kamu nanti." Bebelnya pula.

Aku ketawa kecil. "Ala takpelah. Tak jadi kahwin pun tak kisah. Ayden tu yang beria nak kahwin bagai, Sha taknak pun." Jawabku selamba mengundang cubitan di lengan.

"Auwww sakitlah mummy!" Jeritku agak kuat.

"Apa merepek ni? Dengar dek Ayden nanti tak ke kecik hati boyfriend kamu tu?" Omel mummy.

Aku cuma buat muka. Tiada mood mahu melayan hal berkenaan Ayden.

"Pergi mandi.. Now."

Kali ini aku menuruti arahan mummy. Malas mahu mendengarnya membebel lagi. Pelukan aku leraikan dan berpaling untuk menuju ke bilik.

Oh no!

Aku telan liur yang terasa kesat tiba-tiba.

Ayden sedang bersandar elok di ambang dapur. Dia kini memandangku tajam.

"Dah lama balik?" Aku menyoal bagi menghilangkan gugup.

"Haah." Jawannya sepatah.

Aku memilih untuk masuk ke bilik dengan berjalan melewatinya. Tangan Ayden tiba-tuba menahan aku. Dia menurunkan kepala untuk menyamai ketinggian kami.

"Long enough to hear everything. And patutlah you busuk, tak suka mandi rupanya. Spesis kambing." Sindirnya seraya berbisik. Cukup untuk didengari kami berdua.

Busuk ke apa ke, dia juga yang gigih bagitahu mummy nak merisik lah nak meminang lah nak kahwin lah. Bukannya aku yang desperate nak dekat dia.

Aku menjeling Ayden dan lengannya yang menahan aku dari melepasinya aku tolak kuat.

Pagi-pagi dah kacau orang!

⭐️⭐️⭐️

"Beeakfast dah siap." Aku cakap senada dekat Ayden yang sedang menonton berita.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now