A Y D E N | 10 |

5.3K 245 3
                                    

Balik dari klinik, aku hanya tidur setelah makan ubat. Ayden yang masih ada di rumah aku abaikan. Tidak berminat untuk bercakap dengannya.

Aku tersedar pada jam tiga petang dengan seluruh badan yang terasa sakit dan sengal namun aku gagahkan juga diri untuk keluar bilik.

Kelihatan Ayden yang sedang melayan netflix di ruang tamu.

"Mana Kak Eja?" Soalku sebaik Kak Eja langsung tidak kelihatan. Selalunya dia sudah selesai dengan kerjanya ketika ini.

"Dia balik rumah." Jawab Ayden selamba.

"You suruh dia balik tapi you duduk sini?" Soalku tidak puas hati. Gila ke Ayden ni. Kalau kena tangkap basah macam mana?

Ayden menepuk ruang di sisinya sebagai tanda menyuruh aku turut duduk di sebelahnya.

Aku masih membatu di tempat aku sedang berdiri. Tidak mahu menuruti permintaan Ayden.

"Kak Eja balik kejap je. Nanti dia datang balik." Balas Ayden lembut.

Kaki aku akhirnya melangkah ke sisi Ayden dan duduk di sebelahnya.

Ayden merasa suhu badanku dengan belakang tangannya. "Tak panas sangat macam tadi dah. You rasa macam mana?" Soal Ayden lembut.

"Sakit badan." Jawabku jujur seraya menyandarkan badan ke sofa. Mata aku alihkan ke arah tv yang memaparkan series The Titans.

"You pergi mana eh dua minggu ni? You still nak kahwin dengan I ke? I ingat you nak dump I macam ni je biar I terkontang-kanting sorang-sorang." Aku hamburkan segala soalan yang bermain di fikiran aku beberapa hari ini.

Ayden mencapai tangan kanan aku sebelum dia bermain dengan jari-jemariku.

"I ada je. Busy sikit." Jawab Ayden namun nadanya langsung tidak meyakinkan aku.

"Sampai Whatsapp I tak boleh nak reply? Bukan sekali I Whatsapp you." Balasku perlahan.

"I'm sorry." Ucapnya sambil memandangku tunak.

Tidak betah dengan pandnagan yang melahirkan satu rasa yang aneh, aku melarikan pandangan dari terus memandang Ayden.

"Why?" Soalku sepatah.

"I was mad at you. So I rasa silent treatment adalah cara yang terbaik." Balas Ayden perlahan. Masih mengusap tangan aku.

Kali ini aku tahu dia jujur. Namun kejujuran Ayden melukakan hati aku.

Aku segera menarik tangan dari pegangan Ayden. "So you memang sengaja kan? You sengaja buat I macam orang bodoh, tertanya-tanya pasal you. Buat I overthink macam-macam." Marahku meski tekakku terasa perit setiap kali aku bercakap namun kali ini tidak aku hiraukan.

"Baby.. I'm truly sorry. I sedar I salah. Bila doktor cakap you tak sihat sebab stress and banyak fikir, I tahu I punca you jadi macam tu." Pujuk Ayden namun hati aku cukup terluka dengan sikapnya.

Sampai hati Ayden..

Kedengaran pintu dibuka dari luar dan aku pasti Kak Eja sudah kembali. Aku dan Ayden kini memandang Kak Eja yang kini berjalan masuk ke dalam rumah dengan Haziq yang sedang mendukung Tiara.

Dahi aku berkerut melihat Tiara yang berada di atas dukung Haziq. Setahu aku Tiara amat susah untuk didukung oleh orang yang tidak dikenali.

"Kak Eja nak tidur sini ke?" Soalku sebaik melihat dia membawa beg sandang dan beg milik Tiara.

Dia mengangguk dan sekaligus aku memandang Ayden. "You suruh Kak Eja tidur sini kan?" Soalku tegas.

Ayden menggigit bibir sebelum menjawab. "I risaukan you je. Kalau kena demam panas ke apa tengah malam macam mana? This is a better option since I don't think you gonna like the second option." Balas Ayden selamba.

"What's the other option?"

"I jaga you sampai sihat." Jawabnya tenang.

Heh! Sumpah aku taknak.

"Habis tu Kak Eja tak buat kuih ke petang ni?" Soalku serba-salah. Aku tahu hasil jualan kuih Kak Eja lebih banyak berbanding gaji yang aku berikan kepadanya ini.

"Tak." Jawab Kak Eja sepatah.

Sekali lagi aku memandang Ayden tajam kerana tahu ini atas permintaannya dan Kak Eja pula sejenis yang tidak pandai menolak.

"You yang pujuk Kak Eja kan?" Aku tanya Ayden dengan perasaan geram.

"What?" Balasnya sepatah tanpa perasaan.

Hish!

"Kita cakap kat luar jap." Aku menarik tangan Ayden ke arah balkoni dan pintu gelongsor aku tutup. Mahukan privasi.

"Ayden you tahu kan yang Kak Eja tu buat kuih dengan nasi lemak untuk tanggung family dia. Kalau tak buat hari ni, kuranglah pendapatan dia. I tak suka susahkan orang macam ni." Ujarku inginkan pemahaman Ayden.

"Keisha, I tahu hati you tulus sangat taknak sudahkan orang. I pun taknak bagi Kak Eja serba salah macam ni but I'll pay her extra. I janji. Sekarang ni you kena sihat dulu. Pasal Kak Eja tu takpelah nanti I settle dengan dia. Tadi pun dia tanya I macam mana sebab dia tak sampai hati nak tinggal you sorang and of course you ingat Kak Eja nak biarkan I jaga you? I don't think so." Balas Ayden panjang lebar.

"Hmm.. Yelah." Aku akhirnya mengalah dengan Ayden.

⭐️⭐️⭐️

Ayden dan Haziq masih berada di rumah aku meski hari sudah malam. Kami semua berada di meja makan untuk makan malam. Aku hanya mengambil sedikit makanan sekadar untuk mengalas perut sahaja.

Aku pandang Haziq dengan rasa bersalah. Paha Ayden aku cuit perlahan untuk menarik perhatiannya.

Ayden sudah berpaling menghadapku. Keningnya dijongketkan beberapa kali. Aku mengambil peluang untuk mendekatkan wajah ke arah Ayden.

"I kesiankan Haziq. Dari pagi dekat sini." Bisikku perlahan.

"Dia dah biasa." Jawab Ayden selamba.

Aku merengus perlahan. Bos jenis apa Ayden ni? Bagi aku pekerja cuma perlu bekerja sehingga lima petang sahaja. Tidak boleh lebih dari itu.

Usai makan malam, aku menemani Tiara di ruang tamu sementara Ayden sudah ingin pulang ke rumah.

"Esok lepas kerja I datang lagi. Tapi in case you rasa tak sihat sangat call I." Pesan Ayden lembut.

Aku hanya mengangguk dengan pesanan Ayden.

Ayden mengeluarkan walletnya sebelum menarik keluar beberapa helai wang kertas not lima puluh ringgit lalu dihulurkan kepada Kak Eja yang berdiri di sisi sofa.

"Ni kira OT Kak Eja. Saya tahu Kak Eja sampai tak buat kuih hari ni untuk jaga Keisha. Lebih kurang minta halal lah ya." Ujar Ayden kepada Kak Eja.

Kak Eja aku lihat serba salah dengan pemberian Ayden itu.

"Ambillah Kak Eja. Anggap ni rezeki Tiara."

Pandangan Kak Eja beralih ke arah aku pula. "Banyak sangat ni Encik Ayden. Kak Eja tak boleh terima. Berapalah sangat hasil buat kuih dengan nasi lemak tu." Ujar Kak Eja serba salah.

"Kalau macam tu esok Kak Eja buatkan saya nasi nasi briyani boleh? Petang saya datang makan. Kira duit tu Kak Eja guna untuk beli bahan. Boleh?" Ayden menggunakan pendekatan lain pula.

Terbit senyuman di wajah Kak Eja. "Kalau macam tu bolehlah. Pagi Kak Eja keluar pergi pasar kejap." Balasnya kedengaran gembira.

"Sedapnya nasi briyani. You macam tahu-tahu je I dah lama tak makan." Ujarku kepada Ayden.

"Well." Balas Ayden sambil mengenyit mata kepadaku.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now