"I nak singgah Drive Thru McD." Aku memberitahu Ayden yang sedang fokus memandu.
Kami sudah menghampiri kawasan rumah namun aku masih belum terasa mahu pulang terus ke rumah.
Meski masih kekenyangan dengan makan malam seketika tadi, tekakku terasa ingin makan aiskrim McFlurry McD. Padahal baru dua hari lepas Ayden belikan aiskrim tub untukku.
"Ok." Jawab Ayden sepatah.
Sepanjang perjalanan kami cuma ditemani kesunyian dan juga bunyi kenderaan di jalan raya. Bukan sahaja Ayden diam tidak bercakap, radio mahupun sebarang lagu juga tidak dipasang. Jadi aku cuma memilih untuk melihat pemandangan luar sahaja. Sehinggalah beberapa ketika yang lalu saat aku mengutarakan keinginanku itu.
"Baby nak apa?" Soal Ayden mengejutkan aku.
Hanya dua buah kereta sebelum kami di lorong drive thru.
"McFlurry and their chocolate cake set, I nak latte for drink." Jawabku lancar. Memang sudah aku fikirkan sedari tadi menu yang ingin aku order.
"Ok." Balas Ayden sepatah.
"Thank you sayang." Jawabku sambil pandang dia.
Ayden cuma senyum nipis. Entah apa yang dirasakan dan difikirkan saat ini. Dapat aku rasakan Ayden sedikit berubah setelah kejadian tadi.
Meski hatiku membuak-buak ingin mengetahui perihal wanita itu, tetap aku tahan diriku dari bertanya. Biarlah Ayden sendiri yang membuka mulut.
"Nah, your ice cream." Ayden menghulurkan McFlurry kepadaku manakala kek serta burger diletakkan di bahagian seat belakang.
"Thanks. Sayang beli apa?" Tanyaku selamba. Memang tengah menggelamun pun tadi sampai tak perasan Ayden order apa.
"Spicy double beef with cheese. Baby nak singgah mana-mana lagi tak?" Soal Ayden dengan memandu keluar dari kawasan stesen minyak itu.
Tadi dah makan steak dengan macam-macam jenis sushi, last-last balik makan burger McD lagi ke? Nasib baik Ayden seorang yang fit, pagi-pagi sudah ke gym. Aku jugalah yang kelaut dalam sekarang ni. Jalan ke gym pun dah lupa.
"Taknak, nak balik rumah cuddle dengan sayang. Sayang teman I tengok lakorn boleh?" Sengaja aku mahu bermanja dengan Ayden. Sempat aku suapkan Ayden dengan McFlurry.
"Mestilah boleh."
✨✨✨✨✨
Aku sudah menukar pakaian tidur, satin robe aku saukkan di luar lace night wearku. Comforter dari bilik tetamu aku ambil dan bawa ke ruang tamu. Layan movie sambil berpelukan dengan Ayden, kenalah ada selimut.
Ayden tiada di situ, sempat aku menjenguk ke dapur, juga tiada.
Tv serta aplikasi Netflix aku buka dan memilih siri kegemaranku buat masa ini.
Ok semua dah ready kecuali Ayden yang tiba-tiba menghilang.
"Sayang!" Panggilku sekaligus mencari keberadaan Ayden.
Balkoni yang terbuka sedikit aku hampiri. Kedengaran sayup-sayup suara Ayden yang seakan sedang memarahi seseorang namun butir bicaranya langsung tidak jelas.
"Sayang! You kat mana?" Sengaja aku kuatkan panggilan sedangkan aku sudah tahu Ayden berada di sebalik sliding door.
"I want you to settle this. I need a peaceful relationship with Keisha!" Ujar Ayden kedengaran tegas dan cuma itu yang aku mampu tangkap dari kata-katanya.
"Sayang! Tadi dah janji kan nak teman I." Aku buat-buat berdrama.
Muncul Ayden dengan lagak tenang setelah sliding door ditarik.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.