Restoran Absolute Thai aku masuki. Mata mulai melilau mencari kelibat Zharif. Menurut mesej darinya seketika tadi, dia sudah sampai.
Sudah agak lama aku tidak bertemu abangku ini. Mana taknya, Zharif ditugaskan untuk menjaga projek di Sabah. Sudah hampir sebulan juga dia di sana.
Zharif yang sedang ralit menaip mesej di telefon aku hampiri.
"Hai abang." Sapaku ceria.
Zharif segera mengangkat muka. Senyuman manis dihadiahkan kepadaku.
"Hai adik. Jem tak tadi?" Soalnya.
"Tak pun." Balasku pendek seraya tangannya aku capai untuk disalam. Aku tidak lagi kekok dengan Zharif. Benarlah kata orang, air yang dicincang tidak akan putus.
"Abang dah orderkan makanan. Air untuk adik je belum order." Ayden memberitahuku.
"Ok. Abang sampai pukul berapa tadi?"
"Tiga. Lepas Isyak nanti abang nak balik kampung jumpa mummy baba. Adik nak ikut tak?" Ajaknya tiba-tiba.
Teringatkan baba dan mummy, baru aku sedar bahawa aku sudah agak lama tidak pulang ke kampung.
"Boleh! Jap adik tanya Ayden."
Tangan mengambil telefon dari dalam tas tangan. Sudah hampir setengah hari aku tidak membalas mesej Ayden. Sengaja aku biarkan tidak berbalas. Hatiku menjadi sebal sebaik dia memberitahu bahawa dia perlu menyambung urusan kerja selama seminggu lagi di Jepun.
Aku mendial nombornya dan setelah beberapa saat, panggilan berjawab.
"Hello baby." Sapanya dari hujung talian dengan sedikit tercungap-cungap.
"Hai sayang. Sayang buat apa tu?" Soalku ingin tahu.
"I tengah jogging dengan Haziq." Jawabnya dengan nafas yang sudah sedikit reda.
Aku cuma diam dengan jawapan Ayden.
"Baby dah jumpa Zharif?" Soal Ayden apabila aku diam tidak membalas.
"Dah." Aku jawab sepatah. Entah kenapa merasa ingin merajuk dengan Ayden.
"Kenapa ni? Marah I lagi ke? I janji lepas habis je kerja I terus balik. I lagi rela settle one shot kat sikit dari nak kena tinggal you banyak kali." Pujuk Ayden seakan memahami dengan rajukku. Hatiku sejuk sedikit dengan pujukannya.
"Takla, I cuma nak cakap tadi Zharif ajak I balik kampung malam nanti lepas Isyak. Sayang bagi tak?" Malas mahu melayan perasaan, aku terus bertanya kepada Ayden.
Zharif aku lihat sedang menyusun makanan yang baru diletakkan oleh pelayan.
"Kalau baby drive sendiri I tak bagi, kalau balik dengan Zharif dia yang drive I'm okay. Mesti dah lewat nanti. I taknak you drive dalam keadaan penat." Balas Ayden dengan kata putus.
"Ok sayang. Thanks." Aku membalas pendek.
Baru sahaja ingin menjauhkan telefon dari telinga, sempat aku mendengar suara Ayden yang memanggil.
"Baby.." Rengeknya di hujung talian.
"Apa dia?"
"Nanti sampai rumah mummy bagitau ya, I video call. Rindu wife I ni. Rindu muka merajuk dia. Rasa nak cium-cium je bibir muncung tu. Ok lah, love you, jaga diri. Jangan lupa tau nanti text I." Ujar Ayden panjang.
"Yela. Bye." Balasku sebelum mematikan talian.
Aku lihat Zharif yang sudah sedia memandangku dari tadi. "Ayden bagi?" Soalnya tidak sabar.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.