Pukul 6.30 petang aku sudah tiba di rumah. Ini kerana aku terpaksa pergi dan balik kerja dengan Haziq. Sungguh aku rasa bersalah dengan Haziq kerana sudah menyusahkan dia.
Kenapa tiba-tiba Haziq menjadi pemanduku hari ini? Mestilah sebab Ayden yang suruh.
Aku teringat akan perbualanku dengan Ayden pagi tadi sewaktu di dapur.
"I hantar you pergi kerja harini." Ujar Ayden senada seakan satu arahan.
Ayden yang sedang membancuh kopi langsung tidak memandangku.
"Tak boleh. I nak kena buat branch visitation after lunch. Kat Puchong. Nanti susah nak pergi sana." Bantahku.
Mana tak nya, nak order grab? Telefon pun takde.
"Haziq will drive you then." Balas Ayden tegas sebagai kata putus. Masih membelakangiku.
"Ok." Aku bersetuju meskipun tidak berpuas hati.
"Sayang balik pukul berapa?" Aku menyoal Ayden.
"Not sure. Kalau I balik lambat you tidur dulu." Balasnya tanpa perasaan sebelum berlalu.
Aku tahu Ayden masih marahkan aku akan perihal semalam namun langsung tidak memberiku ruang untuk menjelaskan segalanya.
Aku picit kepala yang terasa berserabut. Sudahlah kepala ku sakit sedari pagi lagi.
"You kenapa?" Soal Ayden dari belakang sekaligus mengejutkan aku. Bila masa dia balik?
"Penat sikit. Headache dari pagi tadi."Aku jawab sambil pandang Ayden.
Ayden berjalan menghampiriku dengan satu beg kertas putih yang kemudiannya dihulurkan kepadaku.
"Your new phone."
Aku ambil dengan hati yang berbaur. Paper bag aku buka dan terdapat kotak iPhone keluaran terbaru di dalamnya .
"Senang kan sayang, rosak semalam harini terus beli baru."
"Dah dapat phone baru pun tak puas hati ke?" Sindir Ayden.
"Bukan tak puas hati. I cakap je." Aku balas lembut, tidak mahu Ayden salah faham. "Lagipun I sedih la ada banyak gambar dalam tu. Especially gambar kahwin kita." Jelasku lagi. Sungguh aku disapa rasa pilu.
"iCloud kan ada. Nanti download je balik." Balasnya tiada perasaan.
Aku bangun dari sofa dan menghampiri Ayden. Tangannya aku capai dan kucup kemudiannya. "Thank you sayang." Ucapku ikhlas.
"I nak mandi dan solat. Lepas maghrib I masak ya." Aku memberitahu Ayden.
Ayden betulkan rambut aku yang sedikit berserabai. "Lepas solat you siap. Kita makan luar je."
"Ok." Jawabku sepatah.
✨✨✨✨✨
Aku bersiap sederhana dengan memakai dress kosong berwarna biru. Lipstick berona merah jambu aku calitkan ke bibir.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.